Wednesday, April 29, 2009

MAAFKAN DIRI INI...

slam...akhirnya ak berupaya menulis coretan hati ini.... telah lama perasaan yang tersimpan dalam hati ini bergolak n bertumbuk sesama sendiri untuk keluar sbg luahn rasa seorang makhluk..
aku hanya insan kerdil ddunia yang x pernah lari dari buat silap...
aku ingin benat memohon maaf terhadap adik beradik dan sahabat2 di uia kala ini kerana aku sering kali n banyak menyusahkn mereka apatah lagi dengan keaadan aku sekarang yang x dapat bergerak lincah malah terbatas dalam melakukan pelbagai perkara..tiada lagi naimah yang dulunnyer lincah ke sana sini, x lekang di bilik, terkenal dengan sifat yang pantang diajak berjalan...aku kini menjadi lemah...bila diri keseorangn, diri ini menjadi semakin lemah..aku x kuat untuk ini..Ya Allah....
aku sedih setiap kali terpaksa meminta bantuan adik beradik n sahabat untuk melakukan sesuatu kerana keterbatasanku...aku telah banyak menyusahkan kalian... maafkan diri ini keran terlalu banyak menyusahkan kalian...bermula dengan cerita di bilik, asrama mahupun kelas...kepada rumate tersayang, maafkan diri yang lemah ini...adik beradikku sekalian, aku mohon maaf kerana menyusahkan korang...terima kasih kerana x jemu2 melayan aku....sayang korang semua sangat2....terlalu banyak jasa kalian yang x mungkin aku balas. hany doa sahaja yang dapatku panjatkan untuk kalian.... kepada classmates yang diridui...izat comei, ang manis n lain...aku rindukan korang, rindukan suara gelak tawa korang...dengan hanya 3 jejaka di kelas yang pemalu...korang sumer adik2 ku yang nakal n sangt baik.. sayang korang sumer... terimakasih kerana mengambil berat akan diri ini...bukan diri ini x mahu ke kelas tapi keadaan perjalanan untuk ke kelas yang memaksa aku melompat untuk menaiki tangga membuat aku takut menyusahkan korang...sangat sakit badan ini memakai tongkat untuk ke mana sahaja apatah lagi terpaksa mengenakan tekanan ynag tinggi kpd kaki kanan u tuk melompat setiap nak tangga...sakitnyer hanya Tuhan yang tahu...tapi akna ku cuba atasi sikit demi sedikit...maafkan diri ini wahai ustaz2 ku...aku rindukan celoteh ustaz iskandar, penerangan ustaz raheem n tazkirah ustaz salah....
ah, aku x tertahan lagi...berat rase hati ini sebenar untuk terus berada di asrama menyusahkan korang semua...hati ini meronta ingin pulang berehat di rumah tapi aku sayang untuk meninggalkan subjek UNGS yang telah lebih separuh semester aku tempuh...
maafkan diri wahai sahabatku....maafkan diri ini banyak menyusahkan kalian... hanya tuhan sahaja yang mampu membalas segala jasa korang...
akhir kalam...maafkan lah diri ini yang sentiasa menyusahkan korang.... aku sedih dengan diri in tapi apakan daya. tiada yang mampu aku buat...aku redha dengan keadaan ini..mungkin ini ujian untuk mendekatkan aku denganNYA...
Ya Allah, Kau kuatkanlah aku dalam menempuh hari2 mendatang... Kau tabahkanlah diri ini...
Kau ampunilah segala dosa2 ku....amin..

Tuesday, April 28, 2009

SECULARISME...what it done to us??

secular is derived from latin word "saeculum" mean the present age (today's life)...
maknernyer, sekular ni hanya mementingkan tentang kehidupan dunia...bagi dorang, there's no other world than this world...

secularism is define as the liberation of man from religious n methaphysical tutelage, the turning of attention away from other worlds and towards this one. bahase senangnyer..sekularisme ni make people far away from religion n methaphysical things (unseen/perkra2 ghaib). ia juga membebaskan manusia dari belenggu agama as they want to focus only about the world..xnak ader kene mengene ngan agama kerana bagi meka, agama ni hanya menyusahkan n terlalu byk dos n don'ts...

there are 3 components of secularism (as thought by us iskandar)
1-disenhancement of nature : freeing a naturre from its religious overtones. nature
is not a divine identity.
> nature is independent from religious pespectives
## ulasan penulis: bagi dorang, nature ni xde kene mengene ngan agama.. ia datang dengan sendiri. so, aper2 anggapan agama terhadap nature tidak diterima. bila agama x masuk campur dalm nature, ini akan memberi ruang yang seluas2nyer kepada perkembangan natural science. as a result, science will get the benefit from it sebab sains akan berkembang n tersebar tanpa had...

2- desacralizaton of politic : no one rules by divine right
: significant political n social change is almost
impossible in societies in which the rulling regime
is directly legitimated by religious symbols.
## sekularisme mengasingkan politik dari agama. dorang percaya bhw bila agama bergerak bersama politik n sosial, dua2 ni xkan berkembang dengan baik sebab dihalang oleh agama. as i said b4, there are so much dos n don'ts in religion. bagi dorang, agama ni hnya kan mengacau perkembangan sosial n politik sebab agama ni bagi dorang terlalu RIGID.

3- deconsecration (relativization) of values : the disappearance of securely
grounded values..
: as a result, there are no longer
dirrect expression of divine will
: values have become valuation. n
longer as a value
## sekularisme juga membuatkan manusia uncertain (x yakin) dengan nilai2 baik yang dilakukan slama ini. dorang akan mempertikaikan sgla nilai2 itu..contoh soalan; knapa buat tu?knape buat ni? btul ker benda ni baik? saper yang kater buat tu/ni baik? (lebey kurang camtu la...). secara logik akal, kiter kalu orang tnya soalan ni dengan kerap mesti kan terfikir gak kan...; betul ker aku buat ni? knape aku buat ni? untuk aper aku buat ni? itu lama2 akan buat kita jadi ragu2 ngan nilai2baik yang kita amalkan slama ni n then membuatkan hilangnyer ayat2 quran or perintah2 agama mengenai nilai2 baik ni..nilai dah xkan jadi nilai tapi akan jadi penilaian.. bezanyer nilai n penilaian ni? nilai ni lebih terhad, fix orang kater berbanding penilaian ni yg maner lebih terbuka n slalu melalui proses perubahan.


>>> sekularisme ni bukan x percaya kepada agama or tuhan tapi dorang ni just xmau agama n tuhan masuk campur dalam urusan dunia. ader jer dikalangan dorang yang beragama tapi bila da lamer2 dgn kefahamn dorang ni, kebanyakan kan jadi atheis. bagi dorang, once agama n hukum2 dalam agama tu bergerak skali ngan hal2 dunia, dunia n sgla isinyer...kehidupan manusia ni xkan berkembang dengan pesat, ader jer yang menghalang. ibarat seperti gas2 di dalm sebiji belon.. belon tu menghalang gas2 yang berada didalamnyr untuk bergerak bebas di udara. bila belon itu dipecahkan..pop! gas2 pun keluar n bergerak bebas kemana sahaja. belon tu seperti agama yang melingkupi hal2 duniawi manusia. gas dlam tu lak hal2 manusiawi tu la...
ni analogi tanggapan para sekularists

sebagai orang Islam yang berpegang teguh kpda aqidah Islam yang suci, marila kita samer2 memerangai ideologi ini yang semakin menulaR dikalangan muslim nowadays...
sedarlah wahai adik beradikku seislam sekalian, aper yang musuh2 buat terhadap Islam sekarang???? jangan kita hanya duduk sibuk dengan urusan duniawi mahupun ukhrawi tanpa meneliti masalah2 aqidah saudar2 kita. perkara ni semakin parah menular dalm jiwa saudar2kita sekarang terutamanyer anak2 muda yang kita harapkan sbg pemimpin masa depan Islam. AYUH!! bangkitla dari lenamu...! yang ditulis ini hanya 1 ideology serong...hakikatnyer berjuta lasi isme2 diluar saner yang sedang cuber menawan sahabat2, adik2, kakaK2, IBUBAPA, nak2 n saudara2 kita.... sedarlah wahai saudaraku, bangkitlah kiter menentang isme2 yang karut marut yang semakin diterima dek akal manusia yang mudah tepengaruh ini...BANGKITLAH!!


untuk peringatan diri ini n sahabat2 semua... marilah samer2 kita renungkan..aper yang kita dah sumbangkan untuk Islam slama kita diberi nikamt hidup atas dunia ini..? Ya Allah, ampunilah diri yang lemah lagi hina ini... thabatkanlah kakiku n sahabat2ku di dalam jalan perjuangan untuk agama Islam yang tercinta ini..amin..

p/s :sumber rujukan, UNGS 2030. kalu ader salah n silap saya atas tulisan ini, tegurlah yer...ne tau ader yang sy sndr tersilap faham..wallahua'lam

Monday, April 27, 2009

sedikit perkembangan....

hari ni 27 april 2009, tarikh ak kna g jupe doktor...madam asmeza yang anta, ditemani pulak oleh kakak n adikku yang disayangi, aliza dan sarah...
banyak tol prosedur kat hospital ni...tu yang ak kurang berminat pergi hospital to seek for the doctor je la...huhu (cner nak jadi nurse ni...). dekat 2 jam jugak la tunggu giliran..sampai tertido ak dibuatnyer... bila da dapat masuk jupe doktor, doktor tak tengok sangat pun balutan bersimen kat kaki ni.. doktor said, "xper dik, ni baru seminggu...crack mungkin makan masa sebulan untuk recover..." ha? sebulan? adui...ak da x tahan bersimen ni...berat...(monolog dalam hati jer...) doktor sambung lagi, "...n anti 2 minggu lagi adik datang baru kita wat xray untuk tgk camner k..so skrg ni doktor just tambah mc untuk adik sapa tarikh appoinment akan datang la yer..." memang cubaan betul untuk diriku ini..tabah2 why diri yang lemah..Allah ada bersamamu..amin..
bila ak tgk surat mc t, tarikh mc sapa 11hb 5 2009..dalam hati ak ckbaik cuti sem trus coz tarikh da sgt dekat nak cuti...xper la..aku ingat nak blik umah kat ganu tapi, sayng nak stop UNGS yang dan lebih setengah sem ak ambil ni...kaki stil sakit..but then i'll try to go to class as much as i can...kalu larat la...doakan ek... semoga segalanya dipermudahkan..amin...
astaghfirullahal 'azim...maafkan dosa2ku Ya Allah..

Friday, April 24, 2009

cerpen untuk hiburan jiwa...

Pergilah...walau ombak itu masih setia

Angin pagi ini seakan merajuk. Tidak mahu menyapa wajah yang sayu merenung ke dada laut. Memerhati ombak yang menghempas. Sesetia ombak pada pantai.. adakah itu sesetia hati seorang wanita? Wajah itu semakin tunduk dan perlahan melepaskan keluhan. Jemarinya mula memainkan loket berbentuk hati pemberian seseorang. Loket berwarna putih jernih seakan kristal. Indah terletak di dada gadis itu. Matanya semakin dalam merenung seakan memberitahu, dia juga akan setia seperti ombak.






“Ieza..!” teriakan itu mematikan langkah gadis manis berkulit cerah. Tangannya yang masih memegang penyapu lidi digoyangkannya. Dari jauh kelihatan Syikin berlari-lari anak. Aku hanya tersenyum. Jauh di sudut hatiku tertanya-tanya. Mesti ada yang nak dikhabarkan.

Sesampai sahaja di sisi Ieza, Syikin terus duduk di bangku yang agak usang. Bergoyang-goyang pokok rambutan akibat di sandar oleh Syikin. Sambil duduk bersila Syikin memandang muka ku yang kelihatan agak kemerah-merahan di bakar mentari. Perlahan aku melabuhkan punggungku di sisi Syikin.

“Kenapa dengan kau ni. Kelam-kabut semacam aje” jeling ku. Tanganku lincah mengetuk-ngetuk belakang penyapu.

“Tak adalah, aku nak tanya je. Petang ni aku nak ke bandar. Kau nak ikut tak?” Syikin bertanya, kali ini kakinya dijulurkan dan di ayun ke depan dan ke belakang.

“Tak la Ikin, aku dah janji dengan abang Kamarul nak ke bandar. Nak beli barang sikit. Lagipun masa dah suntuk. Majlis tinggal lagi 2 bulan aje”.

Hmm.. pergi sorang-sorang je la jawapnya petang ni! Mata Syikin mendongak ke atas. Eh! Ada rambutan la! Syikin memandang ku penuh makna. Aku memandang semula ke arah Syikin seakan dapat membaca apa yang bermain di fikirannya.

“Kalau kau nak rambutan tu panjat la sendiri” ayat itu dituturkan perlahan sambil tersenyum. Apa lagi, Syikin memang pantang di pelawa. Dengan pantas kakinya memanjat ke dahan-dahan yang sarat dengan buah berwarna merah. Daun-daun sedikit berguguran jatuh ke tanah. Aku menggeleng-gelengkan kepala. Kena sapu baliklah laman ni!





Dari jauh aku dapat menangkap kelibat Syikin yang sedang mengendong beg plastik di bawah pasar raya. Lincah dia bergerak menyusup di celah-celah orang ramai. Kamarul di sisiku sedang asyik membelek kemeja yang tergantung kemas di kedai bersebelahan pasar raya.

Tiba-tiba bahuku dicuit. Pantas aku menoleh. La.. minah ni sejak bila pulak terpacak kat sebelah ni? Sambil tersengih, Syikin menunjukkan barangan yang digendongnya.

“Ha.. Ikin, kau dari mana ni?” tanya Kamarul mesra. Ketawa Kamarul bila melihat jirannya itu terkial-kial mengimbang kedudukannya di celah laluan orang ramai itu.

“Ala.. abang Kamarul ni. Beli barang rumah sikit. Mak tak ada. Pergi Melaka. Tengok Tok Ngah. Tak sihat katanya” balas Syikin bersahaja.

“Kitaorang dah nak balik ni Ikin. Nak tumpang ke?” pelawa Kamarul sambil memandang beg plastik yang berbondong-bondong itu. Sambil tersenyum Syikin mengangguk. Orang dah nak tumpangkan, ikut ajelah. Letih la nak naik bas dengan keadaan macam ni. Lagipun satu jalan. Rumah Kamarul kan sebelah je dengan rumahnya. Boleh main baling-baling bawang orang kata!

Syikin menghenyak badannya di kerusi belakang kereta Iswara biru milik Kamarul. Baru terasa lelah! Aku memandang Syikin sambil tersenyum. Anak dara ni kalau bershopping boleh tahan jugak.

“Syikin, petang ni kau datang rumah aku yer. Aku ada masak-masak sikit” aku memandang Syikin. Mengharap! Aku menoleh ke arah Kamarul yang sedang memandu. Aku benar-benar berharap agar Syikin mengotakan janjinya!






Syikin sendawa kecil. Kekenyangan! Aku ketawa melihat gelagatnya. Selepas selesai membasuh pinggan aku dan Syikin berehat di dalam bilikku. Aku berbaring di atas katil. Aku lihat Syikin sudah bersila di atas kerusi. Agaknya sudah menjadi kegemaran Syikin, suka bersila bila duduk di atas kerusi.

Aku merenung muka Syikin cuba untuk memulakan bicara. Tapi suara ku seakan tersekat di kerongkong. Aku hilang arah. Aku mengeluh perlahan. Aku meraba loket yang berkilau di panah mentari petang. Syikin memandang ku sambil tersenyum.

“Kau kenapa ni Ieza? Apa yang nak kau bagi tau aku ni?” tiba-tiba suara Syikin memecah suasana.

Aku terdiam. Masih tidak dapat memulakan kata. “hmmm...” aku mengumam perlahan.

“Dah la Ieza, janganlah kau nak tipu aku. Bukan sehari aku kenal kau. Dari kecik sampai dah dekat suku abad ni aku kenal kau. Bayang kau melintas pun aku boleh cam” Syikin bersuara lagi apabila melihat aku hanya mendiamkan diri.

“Abang Kamarul Ikin...” aku bersuara sebak. Air mata ku tak dapat aku bendung lagi. Mengalir perlahan lalu ku kesat dengan hujung lengan baju ku.

“La.. kenapa pulak? Tadi aku tengok dia dengan kau ok je. Macam tak ada apa- apa je” tebak Syikin dengan suara yang agak keliru. Dia aku lihat menggaru-garukan kepala. Aku cuba menarik nafas panjang. Aku tahu di saat ini tiada siapa yang akan memujuk kedukaan hati ku. Syikin ni bukannya jenis pandai memujuk. Biarlah aku menangis siang malam. Dia cuma tengok aje. Tapi pada dialah aku meluahkan segala masalah aku.

“Abang Kamarul, dia minta putus tadi!” akhirnya dapat juga aku meluahkan keresahan yang selama ini mencengkam hati ku. Syikin tersedak! Air sirap yang diteguknya terasa manis melekat di anak tekaknya.

“Kau biar betul Ieza. Apa! Dah hilang akal ke abang Kamarul tu!” pekik Syikin. Syhhh!!! Pantas aku meletakkan jari telunjukku ke bibir. Aku tak mahu orang lain mendengar perbualan ini.

“Betul ke abang Kamarul minta putus?” Syikin bersuara lagi kali ini agak berbisik. Aku mengangguk perlahan. Aku tidak tahu bagai mana harus aku menerangkan segala-galanya. Aku serba-salah.

“Kenapa Ieza. Apa masalahnya?” Syikin kelihatan tidak berpuas hati. Aku hanya mendiamkan diri. Aku membelek cincin pertunangan yang tersarung indah di jari manis ku. Memikirkan segala kemungkinan yang bakal mendatang. Aku pandang Syikin yang turut terdiam.

“Entahlah Syikin, aku pun tak tahu macam mana nak memulakan. Cuma abang Kamarul dah tak boleh nak terima aku lagi...” aku semakin sebak. Aku rasa menyesal. Adakah ini balasan atas segala dosa-dosaku. Seketika imbasan silam datang kembali. Aku semakin terdesak! Aku hanya mampu menadah airmataku yang menitis. “Pergilah Ikin, nantilah bila ada masa aku cerita lagi” bisikku perlahan disulami sedu-sedan aku yang tidak menentu.

“Aku balik dulu ye Ieza, apa-apa hal nanti kau telefon la aku” Syikin memegang bahu perlahan. Perlahan dia beredar hingga aku sendiri tidak sedar dia sudah tiada lagi di sisiku.





Aku duduk termenung petang itu di bawah pohon rambutan yang rendang. Aku mengeluh. Aku masih belum berani untuk mengkhabarkan pada emak cerita semalam. Aku takut untuk menerima segala kemungkinan. Perlahan aku capai basikal tua. Dengan longlai aku mengayuh basikal ke rumah Syikin.

Sesampai sahaja aku di depan rumah Syikin, perlahan aku memberi salam. Terjengul sahaja kepala Syikin di jendela rumah. Perlahan dia menggamit ku untuk masuk. Perlahan aku menuju ke dapur. Aku menjeling ke rumah sebelah. Aku kecewa. Kereta Kamarul tiada di garaj. Sudah dua hari aku cuba menelefon tapi aku hampa. Panggilan ku tidak dijawab. Aku kembali sebak. Terasa aku sudah sampai di penghujungnya. Di sinikah berakhirnya?

Aku termenung kembali. Syikin cuma memandang ku sambil tangannya menuangkan air berwarna oren di dalam gelas.

“Kau ni datang rumah aku nak termenung ke apa?” tanya Syikin pantas bila aku tidak mengendahkan air minuman yang dituangnya tadi.

“Hmmm.. tak adalah. Nantilah aku cerita” kataku malas. Air itu ku teguk perlahan. Manis! Mak aih! Ni nak membunuh ke apa?

Syikin hanya tersengih. “Aku tak masak apa-apa hari ni. Mak Kamarul bagi aku Mee Goreng. Kau nak rasa?” pelawa Syikin mesra. Aku hanya menggeleng-gelengkan kepala.

“Kau ni, cuba kau cerita apa sebenarnya masalah kau? Apa dah jadi dengan Kamarul tu? Dah kena rasuk hantu air ke dia tu?” soal Syikin bertubi-tubi. Aku masih mendiamkan diri. Aku masih tidak tahu bagaimana perlu aku memulakan bicara.

Aku tarik nafas dalam. Ku hembus bersama resah yang bersarang di dada. Sebak dan takut mula mencengkam perasaan. “Aku bukan gadis suci lagi Syikin!”

Syikin hanya melopong!










“Kejap.. apa maksud kau dengan ‘bukan suci’ lagi?” tanya Syikin meminta kepastian. Aduhai! Satu masalah lagi aku nak menerangkan pada Syikin ni. Aku usap muka ku sendiri. Memikirkan penjelasan yang paling mudah untuk diterima Syikin. Bicara ku mati lagi.

“Hmmmm... “ gumam ku perlahan.

“Kau ni janganlah hmmm, hmmmm, aje. Cakap la” desak Syikin tak sabar.

“Perkara ni, aku tak boleh salah kan siapa-siapa Ikin, semua ni salah aku. Aku yang tak beringat” perlahan aku memulakan cerita. Kembali fikiran ku melayang pada kisah silam ku.











Hamid! Nama itu seumpama seutas tali yang menggantung hidup ku antara hidup dan mati. Seulas senyuman, dan sepasang mata yang galak memukau jiwa ku. Di situlah kelemahan aku. Aku kalah dengan senyumannya yang menawan dan cara dia melayan aku. Dia yang mengajar ku segalanya. Rokok dan berpeleseran.

Rokok! Aku tarik nafas panjang dan dalam. Kerana sebatang rokoklah aku terjebak. Segalanya berakhir di situ. Di malam Valentine yang ku kira satu malam yang romantik. Malam yang merubah segalanya. Aku tewas pada Syaitan yang menghasut. Khayal dengan sedutan asap yang aku tahu bukanlah sekadar rokok biasa. Disitulah aku bukan lagi bergelar gadis. Hampir setahun lamanya aku menjalani hidup yang bergelumang dengan noda. Tak terasa bahu kiriku berat menanggung dosa. Keseronokan dan keindahan hidup remaja bagaikan satu anugerah yang baru kini ku tahu telah aku sia-siakan.

Keindahan yang aku nikmati tidak lama. Hamid mula beralih arah. Bosan katanya. Bosan dengan aku yang selalu menagih janji dan kata-kata manisnya. Kini bukan aku lagi yang diapitnya. Ada gadis manis yang lebih menawan dari ku. Yang di usungnya ke sana sini tidak ubah seperti diri ku dahulu. Akhirnya aku kembali ke daerah ini. Pulang membawa satu kenangan dan pengalaman yang pahitnya bukan sedikit. Semuanya ku simpan dan ku telan tak mampu untuk aku luahkan kembali. Dan setelah 5 tahun berlalu segalanya mula meminta pembalasan!




Aku pandang Syikin sayu. Terbukalah sudah tirai yang selama ini menutupi ku.

“Kamarul tahu fasal ni?” tanya Syikin. Aku mengangguk perlahan. “Kelmarin” pendek sahaja jawab ku. “Aku tak sanggup nak menipu dia Ikin. Aku tak tahan bila dia sering memuji aku. Aku baik, aku sopan, semuanya yang baik mengenai ku. Semua itu menyeksa aku Ikin. Aku terseksa dengan pujiannya. Sampai bila aku perlu menipu. Lambat laun dia akan tahu juga” kata ku sebak. Terasa air mata ku sudah kering untuk di titiskan lagi.

“Jadi....” Syikin tidak menghabiskan ayatnya.

“Dia tak boleh nak terima kelapa yang ditebuk tupai Syikin!” kali ini air mata ku mula berlinang. Menyesal kerana berlaku jujur. Menyesal kerana tidak terus menipu.

Syikin datang mendekatiku. Perlahan aku dipeluknya. “Sabarlah.. InsyaAllah kalau ada jodoh tak ke mana” pujuk Syikin perlahan. Ahh... Syikin kau tak tahu, mungkin sudah tertulis nama ku dan namanya tidak mungkin bersatu.







Mak sudah mula membebel. Perit telinga ku mendengar bebelannya. Umpama lahar gunung berapi yang meletup dan tidak reda-reda. Puncanya sedikit sahaja. Mak suruh aku tempah mak andam. Aku membantah. Aku cakap masa banyak lagi. Apa lagi orang tua tu mengamuk sakanlah! Masa tinggal tak sampai 2 bulan masih aku lengah-lengahkan. Maka aku terpaksa menadah telinga mendengar leterannya.

Ah... Mak! Kalaulah mak tahu! Aku tenggelam punca!







“Jadi Ieza dah bagi tahu kau lah!” nyaring suara Kamarul memecah keheningan di petang itu. “Memang perempuan tak malu!” bentak Kamarul lagi.

Syikin agak tersentak. Kenapa Kamarul berubah laku. Kamarul tidak seperti dulu. Perangainya berubah menjadi panas baran.

“Abang ni kenapa? Hina sangat ke Ieza tu. Semua orang buat silap tahu tak? Yang lepas tu biarlah lepas” Syikin melampiaskan kemarahannya. Kali ini dia benar-benar teruji dengan kata-kata Kamarul.

“Hina? Dia lebih dari itu kau tahu tak? Dia tu ibarat gadis yang bukan gadis. Janda pun bukan janda!” kata-kata itu meledak membangkitkan kemarahan Syikin. Kata-kata itu bagai menyiat hati Syikin. Kalaulah Ieza mendengarnya Syikin boleh bayangkan apa perasaannya.

“Habis tu..? abang nak tinggalkan dia macam tu aje. Abang pun pernah buat silap. Semua orang pernah buat silap. Yang penting Ieza sekarang tak macam tu lagi. Selalunya abang kata dialah yang baik, dialah segalanya. Sekarang kenapa dah terbalik pulak!” balas Syikin.

“Itu dulu.. sebelum aku tahu tembelangnya. Ah! Pergi mampus la semua tu!” Kamarul mendengus.

“Abang puji dia dulu kan? Sebelum abang tahu dia tu dah tak suci lagi kan? Tapi sebelum abang tahu semua tu, abang puji dia baik. Dia dah insaf sekarang. Masa silam dia tu kesilapan dia. Dia dah tak boleh nak tebus balik. Yang penting sekarang! Dia tak pernah menduakan abang sekarang ni. Abang nak hidup dengan masa silam dia ke atau abang nak hidup dengan masa depan yang abang boleh bentuk bersama?” soal Syikin perlahan, cuba memujuk.

“Biarlah!.. Kau bayangkan Ikin, perempuan macam tu nak jadi isteri aku. Tapi tak ada apa-apa yang boleh dia persembahkan pada malam pernikahan nanti. Untuk apa aku ambil perempuan macam tu!’ sambung Kamarul masih tidak berpuas hati.

“Kenapa ye, bila perempuan tu tak suci orang persoalkan? Pelikkan? Orang lelaki ni... dia nak perempuan yang masih suci walau pun kadang-kadang dia orang tu bukan lagi bergelar teruna?” tanya Syikin. Kali ini lebih pedih. “Syikin pernah dengar.. telah dijanjikan tuhan, lelaki yang baik itu, untuk perempuan yang baik begitu juga sebaliknya” sambung Syikin perlahan.

“Sudahlah abang. Janganlah abang mengharap isteri sebaik Fatimah kalau abang pun tidaklah sebaik Saiyidina Ali!” perlahan ucap Syikin sambil berlalu meninggalkan Kamarul terpinga-pinga.

Seketika Kamarul tersedar sesuatu. Satu ketika dulu, dia juga bergelar lelaki. Dia juga pernah nakal. Pernah berpasangan. Pernah juga mengambil kesempatan. Tapi tidak pernah lagi melangkau jauh dari perbatasan. Tapi... dia mengambil kesempatan bukan ke atas seorang gadis sahaja. Malah lebih dari itu. Bahagian mana dari tubuh wanita yang tidak pernah diusiknya. Segalanya telah dirasa. Sekadar memenuhi impian dan imaginasi naluri lelaki. Begitu ramai gadis. Sesiapa saja yang di jumpai dan kebanyakannya rela di perlakukan begitu. Mereka tidak pernah membantah. Tapi itu dulu. Ketika dia masih lagi muda. Segala-galanya telah ditinggalkan. Dia meninggalkan semua itu atas satu sebab! Tapi kini dia sendiri terjerat!

“Ya Allah! Adakah ini pembalasan dari Mu?” bisik hati kecil Kamarul.









Tiupan angin menyapu kedua wajah yang bertemu kembali di pinggiran pantai. Masing-masing diam dan kaku.

Aku tak mampu memandang wajah lelaki yang kini menolak diri ku jauh dari hatinya.

“Ieza..” perlahan Kamarul memanggilku. Sebak rasanya. Sudah sekian lama aku tidak mendengar suaranya. Aku pandang wajahnya. Ingin ku pandang lama-lama. Takut selepas ini aku sudah tidak berkesempatan untuk menatapnya lagi. Kamarul sedang memandang ke laut lepas. Kemudian kepalanya ditundukkan. Dia memandang aku selepas itu dan menepuk bangku bersebelahan dengannya.

Perlahan aku berjalan dan duduk di sebelahnya.

“Abang....” bisik Kamarul perlahan. Aku dengar dia menarik nafas panjang. Bagai mencari kekuatan di balik hembusan bayu.

“Ieza sayang abang lagi tak?” tiba-tiba Kamarul menyoalku. Aku terdiam. Aku takut jika di permainkan lagi. Cukup sudah hati ku terluka. Aku diam membatukan diri.

“Abang takut sebenarny Ieza. Takut pada kenyataan” ayat itu terpacul dari bibirnya meninggalkan seribu tandatanya. Aku pandang dia dengan dahi berkerut. Cuba mencari makna di sebalik kata-katanya.

Kamarul seakan mengerti kekeliruan ku. Perlahan dia menyambung kembali kata-katanya. “Abang pun lelaki jugak Ieza. Pernah melalui zaman gelap abang yang sendiri. Tapi abang tinggalkan semua itu sebab abang takut. Takut jika isteri abang juga adalah bekas dari lelaki yang lebih kurang sama dengan abang”.

Aku terpana. Jadi selama ini.. aku juga tertipu. Tertipu dengan tingkahnya yang sopan! Aku jadi tak keruan.

“Tapi, bila abang tahu Ieza juga pernah tersilap langkah abang jadi kecewa. Kecewa yang teramat sangat. Sebab abang rasa abang dah jumpa bidadari hidup abang. Abang kecewa Ieza. Abang tak boleh bayangkan bagaimana jantan tu memperlakukan Ieza ketika itu. Setiap kali abang ingin berjumpa Ieza abang terbayang Ieza dan dia. Abang jadi marah. Abang cuba untuk menafikan yang semua ini silap. Dalam pada itu, abang terlupa Ieza... terlupa yang abang juga bukanlah lelaki yang sebaik Ieza harapkan” lancar sahaja kata-kata itu keluar dari seulas bibir Kamarul.

“Maafkan abang kerana menghukum Ieza sampai macam ini. Dosa Ieza itu antara Ieza dan Allah. Begitu juga dosa-dosa abang. Cuma abang harap, janganlah kita ulangi lagi. Abang takut kecewa lagi...” bisik Kamarul sayu.

Aku kembali sebak. Kalau kau begitu aku juga begitu Kamarul. Barulah aku tahu perasaan Kamarul bila aku beritahu dia sejarah silam ku. Baru aku tahu rasa kecewa bila pasangan kita tidak sebaik yang kita sangkakan. Baru aku tahu bayangan yang selalu menghantui aku turut menghantui pemikirannya. Aku tekup muka ku dengan tapak. Mencari kekuatan diri.

Kalau Kamarul boleh menerima aku kenapa aku tak boleh terima dia? Ah... Aku menarik nafas tertahan-tahan. Aku pun bukanlah sebaik malaikat Kamarul, bisik hati ku.













Sayup aku terdengar paluan kompang. Hatiku semakin berdebar-debar. Akhirnya aku berjaya juga melepasi segala halangan. Aku cuma mencari jalan yang diredhai. Aku tidak mahu lagi tersilap langkah.

Hari ini dan ketika ini, aku disandingkan di atas pelamin bersama Kamarul. Terima kasih Kamarul kerana menerima ku kembali. Namun di sebalik keriuhan aku mencari-cari Syikin. Syikin yang telah berjaya menyatukan kami kembali dalam ikatan yang lebih kukuh. Tapi aku gagal mencari kelibatnya. Ah..! tak datangkah dia?









Di kejauhan Syikin memandang sayu. Melihat Kamarul dan Ieza di pelamin. Hatinya gembira bercampur duka. Gembira kerana Ieza kini bahagia. Duka kerana Kamarul kini milik orang lain. Perlahan dia meraba loket jernih seakan kristal yang tergantung di lehernya. Loket pemberian Kamarul di hari lahirnya yang ke 21. Loket yang sering memberinya harapan dan memupuk keinginan yang tersendiri. Keinginan dan impian yang tidak pernah diketahui oleh orang lain. Impian untuk bergandingan dengan Kamarul seperti yang dilalui Ieza ketika ini. Dia tidak berani meluahkan perasaannya. Cuma dia berharap agar orang yang menyayanginya dan disayanginya gembira dan bahagia. Perlahan dia melangkah sayu meninggalkan majlis penuh keramaian itu. Loket pemberian Kamarul itu terayun-ayun di tangannya. Lalu jatuh di pinggir jalan berbatu. Bersinar disebalik rumput rumput yang liar tumbuh di tepi jalan. Perlukah lagi dia setia menanti? Sesetia ombak pada pantai? Dia tidak sekuat itu.... maafkan aku kerana menyimpan perasaan ini. Maafkan aku Ieza.. Maafkan aku Kamarul...






* If u want to see the future, forget the past!
* kalau ader jodoh xkan kemana...yakinlah dengan ketentuan n takdirNya untuk diri kita.... astaghfirullahal 'azim...Kau ampunilah dosa2ku Ya Allah..

Wednesday, April 22, 2009

20, 21 n...22... welcome to the world..! :)

i got new niece n nephews this year..there is 1 more this coming october..
ni anak sdare no. 20, 21 n 22...

ni anak kak ya,... namer baby Irdina Faqihah...DOB : 17TH MARCH 2009..NI NO.20...cam muker abangnyer, Irfan Faruqi :)


ni Ahmad Qusyaiyie Iqbal bin Amad Najmuddin...anak sulong abang Jay..banyak meh kak mala jer..hihi..DOB : 23RD MARCH 2009..NI NO.21 :)


and ni pulak anak kak long...Hafiz Mujahid.. anak kak long time kecik2 muke spesen jer..hehe, jgn marah kak long..DOB : 20TH APRIL 2009..N NI NO.22! :)

dah ramai penyer anak buahku...HEHE

luv you all..
WELCOME TO THE WORLD MY DEAR..!

AKU REDHA....

ya Allah,memang inilah ujianMU..amat berat ku rasakan tapi aku redha dengan segalanya...hanya sedikit nikmat yang Engkau tarik dariku... Alhamdulillah aku bersyukur andai ini adalah kafarat dari dosa2ku..astaghfirullah hal 'azim...ya Allah Engkau ampunilah segala dosa2 ku....
sudah banyak kali aku jatuh dari tangga..dah lali rasenyer...bak kate kawanku..dah jadi hobi...hobi pun hobi la...tapi inilah pengakhirannyer....semalam aku jatuh tangga lagi...masa nak turun dari tingkat 1..ingatkan bese jer...tapi lamer2 tu tgk semakin membengkak pulak..tambah2 lagi sakit yang amat dan start da xley nak jijak tanah dah...nak wat cner ni..disebabkan x tahan yang amat sangat, madam shahidah bawak aku pergi klinik uia....sampai2 kat saner, nurse tuam bengkak tu ngan ais....waaaa, sakit sangat tapi bengkak tu langsung xnak surut,,
last2 doktor suh g klinik sebab bengkak immidietly..takut gak ader patah or crack...
terpaksala aku pergi....dipendekkan citer...pak guard pun anta aku ke PPUM ditemani anjang tersayang..thanks anjang..luv u
sesampai kat saner aku xtau nak gi mane...1st time la kater kan...punyer la banyak prosedur die..pastu amek tekanan darah, kena tunggu sampai leboih kurang 4 jam baru dapat jupe doktor
sian kat anjang...letih menunggu
cepatla doktor...sakit ni...huhu
pastu dapat gak masuk..lbey kurang kol 10 lebih...doktor kater ader crack sket...so, kena simen...waaaaa :(
kena simen maknenyer kna paka tgkat la....sedey sangat2.. doktor ortho tu suke je kat aku..die ckap jgn debor..huhu...Ya Allah baru terasa peritnyer hamba2 Mu di luar sana yang turut menerima ujianMu...aku baru kene siket...kat Palestin tu, lagi teruk lagi tapi dorang rilex je...so, aku kna tabah...siket jer ni...
sesampai kat bahagian ortho, kaki aku disimen sapa bawah lutut, dalam 30minit jer...


berat jer rase nak agkat kaki..then balik uia...lebih kurang 6 jam sajer duk PPUM...yerla..dari kol 6ptg sapa kol 11 malm lebih2 kat PPUM...
sekarang x dapat jaln..kna pinjam tongkat ngan klinik..dapat mc seminggu, isnin ni kena g jupe doktor plak...Ya Allah, Kau ampunilah dosa2 ku... mudahkanlah urusanku...
special dedicate to anjanng....sangat2 teman ucu g PPUM...dan jugak menahan lapar dari petang sapa tgh malam tu bersama...luv u always..luv usrah LU'luan Manthura... thanlks jugak kat ateh, kak kah, mynn, madam shahidah, ustazah ilyani, mdm asmeza dan sumernyer....sayang korang sumer

Friday, April 10, 2009

FIRST TIME IN PINK..?



ape makne di sebalik tajuk ni yer?
huhu...actually on 08 of April 2009 is the first time for me to be friendly with pink colour...ye la, first time paka baju kaler pink..
i'm not really like pink and i never wear a cloth which is pink in colour....
bukannyer anti-kaler pink pun tapi just x suke...too feminin....
orang kater kaler pink ni sinonim ngan gurl...BUT NOT ME..hua3
8hb aritu ader lunch for Mahallah Representative Committees (MRC) and kitorang wakil Mahallah Zainab JAhsy kena paka baju kaler pink...terpaksa daa...
sepatutnyer memang ader baju khusus untuk majlis ni tapi ramai yang x siap jahit lagi...for me, bukan x siap jahit tapi baju kena curi...time balik ganu aritu la ni..
pengalaman pertama gak tu, siap pelik bin ajaib lagi. yelah, orang bese kalu naik bas beg ilang kat terminal..lain bagiku,beg ilang dalam bas...sapa2 ganu tgk beg da xder...sdey tol..tapi redha jela.nak wat cner kan...
balik kpd citer asal..
maser dapat kain pink tu aku sebenar da x sedap ati nak paka baju kaler pink nie tapi da orang bagi free (mahallah la), paka jela...xkan nak protes lak kan..
ingatkan time lunch aritu da selamat xyah paka baju kaler pink TAPI...
kena gak cari baju pink coz nak matching ngan sume wakil dari MRC ZC ni... kalu x, pelik la aku sorang x match kaler...
start aritu, sume kengkawan da start perli, cam x caye je aku paka baju kaler pink...hehe..anjakan paradigma ni..
yela2, pasni, i'll try to be more friendly with pink colour k my friends..
sebab tu la tukar background blog ni jadi kaler pink... jangan salah faham...caner skalipun, warna ni xkan berada no.1 di atiku....dun u ever force me..haha...alahai pink, nasib kau la, pompuan ni x suke ko... :D

Tuesday, April 7, 2009

JANGAN MAKAN SAJER...JOM HAYATI KEBESARANNYA!!!

sebagai umt Islam,kita diseru supaya memerhati kejadian dan ciptaan Allah spy kita akan lebih DEKAT & Mengenali-NYA.. dari situ jugak,kitaakn tahu kebesaran AL-KHALIQ kita yang SATU. jom...! mari kita perhatikan beberapa sayuran dan buah-buahan yang ALLAH rezekikan pd kita untuk mengisi perut...haa, jangan kita makan sajer tau. Allah bagi sesuatu tu ader sebab n hikmahnya untuk kita perhati...seperti jugak organ dalam badan kita..(mentang2 amek nursing..haha)setiap 1 nyer ader kepentingan yang perlu kita tahu untuk kepentingn diri kita sendiri, bukan untuk DIA tau tapi..untuk kita....lihatlah betapa baiknya pencipta kita Yang MAha Agung ni..sebab tu kita kena sayang dia lebih tau adik2..:D let's check it out..!!!

1- LOBAK MERAH : cube hiris secara membulat dan...(suspennyer..:p) perhatikan rupenyer..hirisan lobak merah tue akan kelihtan seperti mata manusia. ader anakmate, iris, dan lingkaran sinar; just like our eyes..SUBHANALLAH.. relate to science & kepercayaan masyrkt, lobak merah nie memang saaangat bagus untuk mata..kajian sains telah membuktikan bhw lobak merah sgt membantu pengaliran darah ke mata sekali gus membaiki fungsi mata..SEE..!! lepas ni,xyah paka spek dah la ek..jom ramai2 pakat makan carrot..!

2- TOMATO : now, jom pakat2 try belah tomato lak,secara bulat melintang tau..kita akan dapat tgk buah tue terbahagi kpd 4 ruang. kaler tomato pun besenyer merah kan.. penyelidikan sains says that tomato is just like our HEART & BLOOD. kenape ek? coz... jantung manusia ni ader 4 ruang- atrium kanan, atrium kiri, ventrikel kanan & ventrikel kiri). dalam tu pulakkan ker tempat darah...and darah kan ker kaler merah..ader ke sesaper darah dier kaler hijau?pelik bin ajaib tu..kalu ader, sila ler bgtau cpat2 ek. boley wat masuk world book of record, jangan malu2 :D 1 lagi, memang betul pun orang kater tomato ni baik untuk kesihatan jantung dan darah... SUBHANALLAH

3- KACANG WALNUT : kalu tgk secara kasar...halus pun boley..boley blah..haha..eh, serius2..kacang ni kelihatannyer mcm OTAK cumer saiznyer la yang KECIL; terbahagi kpd serebrum atas dan serebelum bawah(saper2 dah bedah otah tikus tue akan tau la ek), seriusly same cam otak manusia.tambahan lagi, kedutan dan lipatan pada kacang ni x ubah spt neo-korteks pada otak (ooo, tu name nyer, ak pun baru jer tau..huhu..x ckp ilmu lagi). dengan kecanggihan teknologi zaman sekarang, telah terbukti yang kacang walnut ni dapat membantu lebih 3 dozen pemancar neuron untuk fungsi otak..(fuh, banyak tu..SUBHANALLAH, kuasa ALLAh lebih hebat dari teknologi malah lebih hebat dari segala2nya)

4- ANGGUR : time kat pokok, sebelum dipetik la kan... anggur nie tergantung kat pokok dalam gugusan yang kelihatan spt jantung kiter tau. setiap biji anggur tue pulak cam sel darah. kajian demi kajian dibuat, dan pada ari ni telah mendapati bhw anggur memberi manfaat kpd kesihatan jantung dan merupakan salah 1 makanan penting untuk darah...SUBHANALLAH, detailyer DIER..

5- BUAH TIN : kalu korang sume nak tau..(bagi sesaper yang xtaw la..yang tau tu, nak wat ngedik xtaw pun bole :P) buah tin nie penuh ngan biji kat dalam tue..semasa dalam proses pertumbuhannyer,, kat pokok la...buah nie tergantung secara berpasangan, secara berduer2. oooooo..., sama ngan testikal kaum Adam(x menyentuh mane2 sentiviti ek, sekadar berkongsi ilmu). buah tin nie didapati dapat meningkatkan mortaliti/kesuburan kaum Adam dan meningktkan jumlah sperma. ini dapat membantu lelaki yang mengalami masalah ketidaksuburan..boley a cuber ek.. insyaALLAH

6- BAWANG BESAR : bawang besar ni sbnrnyer kelihatan seperti sel2 tubuh kita. penyelidikan ari ni menunjukkan bhw bawang besar dapat membantu membersih dan mengeluarkan bahan buangan dari semua sel2 tubuh. malah, airmata yang kuar time kita potong bawang tue (kalah tgk citer hindustan..) sebenarnyer bertujuan membersihkan lapisan2 epithelial mata... so, jngan merungut lagi pasni kalu mak mtk tlg ptg bwang ek..terutamanyer kaum hawa :)

7- KACANG PINGGANG : truthly nok kabo, kacang pinggang ni lek2 cam buah pinggang kiter tau..so, kacang pinggang ini sebenarnyer didapati mampu menyembuhkan dan mengekalkan kesihatan buah pinggang...jom wat hari buah pinggang sedunia dengan memakan kacang pinggang :)..SUBHANALLAH...tapi tu sume kuasaNYA. kita berserah jer..'faiza maridtu fahua yasyfi'..
boley praktik biler jadi nurse nanti ni :)

8- UBI KELEDEK : bentuk ubi nie seperti pankreas kite..ish2, xpasan la pulak..omputih wat kajian, mane p orang Islam?? pape pun, SUBHANALLAH....justeru, keledek ni dapat menyeimbangkan indeks glisemik pesakit kencing manis.kalu xnak tau :P pankreas ialah kalenjar yang terletak di belakang perut yang merembeskan enzim pencernaan serta hormon insulin dan glukagon... ha, nak tgk organ ni xley takut..kena brni wat disecting kat tikus dulu... saper2 yang amek koz sciences tu pernah cuber kot..:)

9- ZAITUN : buah zaitun ni berbentuk bulat dan sedikit bujur. bentuknyer seakan2 ovari... khasiat buah zaitun ni didpati amat membantu meningkatkan kesihatan & fungsi ovari wanita....ooo,SUBHANALLAH,patut ler dalm quran surah at-TIN ayat pertama.." wattini wazzaitun.." ader hikmahnyer...kedua2 buah ni adalah berpasangan dalam ayat ni. bgitu juga fungsinyer.. kedua2 untuk lelaki n wanita yang memang dicipta berpasangan,,that's why la...SUBHANALLAH

10- SELERI, BOK CHOY & RHUBARB (CAM X pernah dengar jer kecuali seleri tu...huhu) : rupe2nyer sayuran berbatang ni tegak2 belaka, xder pun yang bengkok..kalu dalam tubuh kiter, ape bende yang tedak & berbatang ek?? ha, jawab2...... ala, lambat la,,xper, i'll tell u..jawapnnyer ialah TULANG... ya, TULANG...!!! that's why sayuran ni khusus untuk kekuatan tulang. tulang kita terdiri drpd 23% sodium. SUBHANALLAH, sayuran ni pun mempunyai 23% sodium!! orang yang tidak mengambil sodium yang cukup didalam dietnyer akan menyebabkan tubuhnyer mengambil sodium dari tulang.sebab itulah tulang kita jadi lemah. nak jalan pun x larat....ha, tau takut....so, pas ni rajin2 ar makan sayuran ni ek.. untuk kesihatan tulang kita gak.. pastu boley la nak gi jalan sakan sehari suntuk pun..tapi jangan luper berhenti solat :)

11- TERUNG, AVOKADO & PIR : buah2an ini kelihatan sama ngan organ peranakan kaum hawa.. justeru, buah2an ni disasarkan untuk kesihatan & fungsi rahim dan serviks.penyelidikan masa kini menunjukkan bahawa wanita yang memakan sebiji avokado seminggu dapat menyeimbangkan hormon, menyingkirkan berat badan semasa mengandung dan menghalang kanser serviks. avokado mengambil masa 9 bulan untuk tumbuh, berbunga n berbuah ranum (SUBHANALLAH same cam tempoh kehamilan wanita) terdapat lebih 14000 juzuk khasiat kimia fotolitikdalam seiap makanan ini(terung, avokado & pir). namun, setakat ni sains moden hanya dapat namakan kira2 141 je daripada sume2 tue..(huhu..bukan setakat seminggu sekali, seumur hidup slma 21 tahun ni pun x penah makan avokado tu, tgk gambar aderla..kesiannyer..)

12- LIMAU GEDANG(limau aper ni..?),OREN & SITRUS : kalu diperhatikan betul2, rupa buah2n ni cam kelenjar mamari(kelenjar di dalam payudara wanita). khasiat drpd buah2an ni sebenarnyer sangat bermanfaat untk kesihatan payudara dan pergerakan masuk & keluar lymph payudara..

TUNGGU APER LAGI...JOM..!! MAKAN BUAH2AN & SAYURAN INI JIKA ANDA MAHU KEKAL SIHAT,CERGAS & ANGGUN :D

ALLAHUAKBAR....SUBHANALLAH, SUBHANALLAH, SUBHANALLAH....HEBATNYER DIA...SETIAP SESUATU ITU BANYAK DICIPTA UNTUK KEPENTINGAN KITA..XDER SATU PUN UNTUK DIA...SANGAT SAYANG DIA PADA KITA KAN...ERM, TAPI TAKKAN KITA NAK TERIMA CAMTU JER, MESTI NAK KENA BALAS NI. KALU X, SEGAN LA NAK JUPE DIA NANTI...APER YANG PATUT KITA BAGI KAT DIER SEBAGAI BALASAN EK? HAA...PIKIR2KAN LAH YER...MUHASABAH DIRI SENDIRI SENTIASA...JANGAN TENGOK AJER..

P/S: TERUTAMA DITUJUKAN KEPADA DIRI PENULIS SENDIRI YANG LEMAH LAGI HINA INI..

Monday, April 6, 2009

ALHAMDULILLAH....

ASSALAMUALAIKUM..
ALHAMDULILLAH aku masih diberi nikmat masa olehNya untuk menulis lagi dalam blog ini setelah sekian lamer...huhu..
ni skadar pemanas bicara. yang sebenar dalam proses menulis lagi.. tunggu yer..
wslm