Sunday, September 6, 2009

what's going to happen to me..?

xtau nak tulis ape sebenar coz da agak lame x menulis...tgn pun da kaku, idea da beku..
banyak perkara yang berlaku seharian2 dlm hidupku cuma x terungkap and x tertulis..huhu
ape2 pun, bersyukur krn masih diberi @ nikmat besar padaku, ISLAM & IMAN...juga masih diberi peluang untukku memasuki n merasai madrasah Ramadhan kali ii tapi masih tidak pasti adakah aku berpeluang melangkau ke bulan syawal akan datang.
kehidupan sehari2 di kampus kuantan makin bz, belum lagi merasai posting..erm,lpas raya ni..tapi rase2nya beeziku ini masih tidak sebeezi orang berjuang....
Ya ALLAH..Kau kuatkanlah kakiku di jalan ini
Kau thabatkan aku dan sahabat2 di jalan ini
aku tidak mahu lari....Ya ALLAH.. kadagkala sedih datang menerpa diri, hati bertanya ape yang aku buat ni?
ade manfaat untuk islam ker?
kekadang ape yang aku buat xder manfaat pun untuk islam, hany untuk diriku....tapi aku cuba...aku cube buat yang tbaik.....untuk ISLAm...DEMI ISLAM
aku sedih....aku pilu....
tapi aku mesti kuat...AKU MESTI KUAT...
YA ALLAH, KAU berikanlah secebis kekuatanMu padaku....
aku sering marungut lemah, letih...YA ALLAH...
aku ingin jadi seperti S. Khadijah, S. Aisyah..S.Fatimah...
sekurang2nyer sekuat n setabah AS-Syahidah Zainab Al-Ghazali....
semoga kisah beliau snts menjadi motivasi buat diri yang lemah ini....amin.....

Friday, May 8, 2009

HEPI MOTHER'S DAY MA..!

HAPPY MOTHER'S DAY
SELAMAT HARI IBU KEPADA BONDAKU YANG TERCINTA...
MA, I LUV U SO MUCH..
MA, TERIMA KASIH KERANA MENJAGA DIRI INI SEJAK LAHIR HINGGA SEKARANG
MA, X DAPAT DIUNGKAP DENGAN KATA2 BETAPA ANAKMU INI MENYAYANGI DIRIMU...



MA,
DARI RAHIMMU AKU KELUAR
SEBESAR TELAPAK TANGAN KAU MEMBELAIKU
PENUH KETULUSAN
PENUH KELEMBUTAN
PENUH KEIKHLASAN
PENUH KASIH SAYNG
PENUH SEGALA2NYA
SETEGUK KASIHMU MA
UMPAMA GUMPALAN BENANG2 KEKUATAN
MENJALAR DI URAT SRAFKU
BUAT BEKALAN MENGHARUNGI LAUTAN FATAMORGANA
SARAT DENGAN KOTAK2 CABARAN & RINTANGAN


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


KASIHMU MA,
PERSIS WANGIAN KASTURI
PERSIS HARUMAN MAWAR
PERSIS AROMA CENDANA
MENYEGARKAN DIRIKU SETIAP DETIK
MENJELMAKAN KOLAM KETENANGAN DI HATI ANAKMU INI
MENITIPKAN SEGENAP RASA
MENIUPKAN PAWANA ASPIRASI
DIBIRAI ZAMAN PENUH TRIBULASI



MA,
SEHARUM KASIHMU
DAPAT JUA AKU BERTEDUH
DENGAN BELAIAN SAYANG YANG DIKAU BERIKAN
YANG KINI KU RASAKAN TAK TERNILAINYA SINAR PENGORBANAN
SEIRING SENYUMAN YANG TERUKIR DIBIBIRMU

MA,
TERIMA KASIH BUAT SEGALA2NYA
KERANA DIRIMU
AKU MASIH DISINI
MENGGAGAHI DIRI MENGHARUNGI DUNIA
KERNA INGIN MENJADI KEBANGGAANMU
AKU INGIN SEKALI BERBISIK DI TELINGAMU
BAHAWA...
AKU SAYANG PADAMU...
AKU SAYANG PADAMU...
AKU SAYANG PADAMU...
TERIMA KASIH MA...!
SELAMAT HARI IBU!

YA ALLAH, KAU AMPUNILAH DOSA2 AKU DAN DOSA2 KEDUA IBU BAPAKU DAN RAHMATI SERTA KASIHILAH MEREKA SEBAGAIMANA MEREKA MENGASIHI , MEMBELAI & MENJAGAKU SEWAKTU KECIL..AMIN

Wednesday, May 6, 2009

INILAH PILIHANKU

Telah kupilih jalanMu
Jalan yang mendekatkan aku padaMu
Jalan orang-orang yang beriman dan beramal soleh
Dan aku yakin sebenar-benarnya
Cintaku padaMu takkan pernah dikecewakan

Namun Tuhan,
Ampuni aku,
Fitrah hati ini terlalu berat untuk kubuang
Terlalu pahit untuk ditelan
Tapi terus-terusan aku gagahkan
Demi menggapai cintaMu Yang Esa

Bantulah aku Tuhan
Jika rinduku ini imaginasi syaitan
Dan kuminta ia dilenyapkan
Andai kasihku berlandaskan nafsu
Kumohon matikanlah rasa cinta yang belum tentu jadi milikku

Tolonglah aku Tuhan
Untuk mengisi bejana cintaku untukMu
Agar aku takkan pernah dahagakan
Cinta dari insan yang tak halal bagiku
Teguhkan kasihku untukMu
Agar aku tak kecundang dijajah cinta yang dusta
Yang menjadi hijab di antara kita
Tetapkan langkahku di jalan ini

Gagahkan aku Tuhan
Untuk menenggelamkan kapal cinta manusia
Walau ia se'gah' bahtera 'Titanic'
Tetapku pinta ia karam
Jika belayar ia di lautan dosa

Dan kumohon Tuhan
Damaikanlah ombak di hati
Walaupun ribut datang mengundang
Kasihku diikat di dasar Rabbi
Kerana ianya lumrah ujian..
Dan akan kuterus tekadkan janji
Kerana telah kupilih jalanMu.

kerana CINTA, aku tinggalkan cinta

Sebenarnya sudah lama saya ingin kongsi kisah saya ini dgn sahabat-sahabat sekalian. Tapi , setiap kali laptop saya buka, jari ini jadi kaku untuk menulis. Tapi akhirnya saya nekadkan juga untuk menulis tentang ini. Hati saya bagai ditarik-tarik untuk menulis.Saya sudah tidak berdaya untuk pendam segalanya. Saya bimbang jika makin saya pendam,saya akan makin tersiksa dalam dunia saya sendiri. Doa saya semoga Allah ampuni saya atas segala apa yang saya lakukan ini. Apa yang akan saya coretkan ini adalah sekadar buat tatapan sahabat-sahabat sekalian. Ia adalah pengalaman saya sendiri. Ia hadir dari lubuk hati saya sendiri. Bukan fantasi atau rekaan semata. Saya tidak bermaksud untuk mengeluh apatah lagi mengingkari apa yang telah Allah tetapkan kepada saya.

Kisah ini saya ceritakan supaya apa yang saya lalui tidak berlalu begitu saja tanpa saya kongsi dan tanpa saya rekodkan sebagai panduan bagi diri saya untuk hari-hari kemudian. Ianya terjadi sewaktu saya berada dalam tahun 2 diploma dan si dia berada dalam tahun akhir diploma. Kebetulan kami belajar di tempat yg sama dan dalam jurusan yang sama di Bangi. Saya juga adalah seperti kalian semua. Manusia biasa yang punya fitrah untuk dicintai dan mencintai. Kamar hati saya ini sepi dan tidak pernah saya isikan dengan cahaya atau cinta dari mana-mana lelaki. Ianya suram dan sepi. Hinggalah akhirnya saya bertemu dengan seseorg.

Pertemuan saya dan dia terjadi sewaktu saya mengikuti aktiviti rehlah kelab. Itu pertemuan pertama. Tidak kenal pun, tapi perkenalan kami bermula hanya melalui sms dan demi Allah , saya ikhlas menghulurkan salam persahabatan padanya hanya kerana Allah. Tapi, semua yang terjadi telah ditakdirkan , dan saya tidak menduga akhirnya saya mula jatuh cinta dengan dirinya. Saya sendiri tidak sedar bila perasaan itu mula bercambah. Demi menjaga maruahnya , cukuplah kalau dia hanya dikenali sebagai “Mukhlis Sadiqy”. Gelaran itu saya sendiri yg berikan padanya kerana pada saya dia merupakan seorang sahabat yang ikhlas. Benarkah? Erm,hanya Allah dan dia saja yang tahu sejauh mana tahap keikhlasannya.

Perwatakannya sopan dan dia fasih berkata-kata, lebih-lebih lagi apabila melibatkan soal agama. Jalannya hanya menundukkan wajah. Dia seakan-akan takut untuk bertentang mata dengan wanita. Tindakannya itu wajar kerana dari mata segalanya boleh terjadi. Walaupun antara saya dan dia , kami tidak pernah bersua secara berhadapan, tapi setiap kali bicaranya melalui sms itu menambat hati saya. Saya senang berbicara soal-soal agama dengannya, Namun, iman saya mula goyah, taqwa mula merapuh, nafsu merasuk nurani suci, lalu hati tunduk pada bisikan syaitan nan keji. Hanya sms. Nampak macam baik kan? Tidak pernah berbicara secara berhadapan tapi hanya sms. Sesetengah orang akan berpendapat bahawa cara saya itu betul , tapi sebenarnya ia silap sama sekali. Dan saya akhirnya menyedari kesilapan itu.

Sms itu sebenarnya hanya 1 alasan bagi saya. Ianya mungkin nampak agak baik,walhal tujuannya tetap sama dan ianya tetap salah. Niat baik itu tidak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap batil. Yang haq tetap haq. Allah pernah berfirman :

“Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan syaitan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.” (Surah Al-Ankabut,29:38)

Kalau difahami ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada saya ialah, syaitan telah buat saya pandang baik pada perkara buruk yang saya lakukan. Memang pada mulanya niat saya baik, tapi syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat saya terjerumus ke dalam kemaksiatan.

Matlamat baik saya itu tidak pernah menghalalkan cara saya. Selama hampir setahun saya leka dengan perasaan ini sendiri, akhirnya saya menyedari kesilapan yang telah saya lakukan ini. Saya terlalu asyik dengan cinta ini sehingga saya terlupa pada Pemilik Cinta yang sebenar. Sungguh, saya rasa terlampau berdosa dengan diri ini dan dengan dirinya sendiri. Saya telah menjadi fitnah bagi dirinya , kerana sedikit sebanyak saya telah melalaikan hatinya. Walaupun antara kami tidak pernah punya apa-apa yang istimewa , tapi saya tahu yang saya telah banyak menyusahkan dan meresahkan hatinya.

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Saya panjatkan kesyukuran kerana Allah swt mengurniakan hidayah-Nya pada saya dan saya kembali menyedari kesilapan yang saya lakukan. Silap saya kerana punya cinta ini dihati. Tidak seharusnya saya begitu mudah melafazkan cinta dan meluahkan rindu. Saya seharusnya sedar pada siapa harus saya lafazkan cinta itu..hanya utk Allah ,Pemilik Cinta Teragung dan rasul-Nya.

Terus-terang saya katakan yang saya jadi malu dengan diri saya sendiri, dengan Allah dan dengan dia sekali. Kini , untuk kembali mencari keredhaan dari-Nya saya tinggalkan cinta di hati saya ini,ia hanya untuk Allah. Itu sebenarnya adalah jalan terbaik bagi saya.

Saya mengaku, saya sering kali terluka dan saya sebenarnya tidak kuat untuk melakukan itu , tapi saya perlu lawan segala hasutan syaitan durjana ini untuk mencapai keredhaan-Nya. Saya terpaksa berperang dengan hati dan perasaan saya sendiri.

Sewaktu saya mentaddabur Al-Quran, ada satu ayat yang membuatkan saya berfikir sejenak bahawa wajib bagi saya berperang dengan perasaan ini. Saya tidak boleh beri kemenangan pada syaitan dalam peperangan ini. Surah Al-Baqarah, ayat 216:

”Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

Kini , segala apa yang pernah ada kaitan antara saya dan dia telah saya simpan. Gambarnya yang saya simpan secara curi-curi, dairi saya yang penuh dengan catatan berkenaan dirinya, tudung pemberiannya dan semua sms nya yang saya simpan dalam buku, saya simpan di dalam kotak. Hanya satu saja pemberiannya yang saya pegang dan bawa kemana-mana saja , saya tidak tegar untuk menyimpan pemberiannya yang itu di dalam kotak. Nak tahu apa?

TAFSIR AL-QURAN pemberian dari dia. Tafsir Al-Quran yg berwarna coklat itulah yang banyak memuhasabah diri saya. Kerana Al-Quran itulah saya akhirnya sedar akan segala kesilapan saya. Jadi, TIDAK MUNGKIN saya simpan dan ‘tutup’ Al-Quran itu untuk selama-lamanya.

Dia kini sudah tamat diplomanya di Bangi dan alhamdulillah saya sudah tidak bertemu lagi dengannya. Dan dia pun sudah melangkah satu lagi fasa dalam proses mencari ilmunya , dimana dia sudah menyambung ke peringkat degree di Shah Alam. . tapi insyaAllah saya yakin dia bahagia sekarang kerana doa saya untuknya sentiasa ada agar dia berada dalam naungan cinta Illahi. Apa yang terjadi antara saya dan dia kini hanya kenangan. Bukanlah bermaksud saya putuskan ikatan persahabatan yg terjalin antara kami ..tidak..!! Haram untukk seorg muslim memutuskan silaturrahim dan menjauhi sahabatnya. Sampai kiamat pun , dia tetap sahabat saya dunia dan akhirat. Tapi dia pernah menyatakan pada saya bahawa ini yang terbaik dan saya terima dengan senang hati keputusannya itu. Cuma saat ini biarlah hanya Allah di hati saya dan biarlah masa yg tentukan siapa dia pada saya di masa hadapan.

"Jika seseorang hamba Allah menahan keinginannya dari sesuatu yang haram (kerana Allah) maka Allah akan memberikan sesuatu yang diingininya itu mengikut jalan yang halal"

Saya tahan keinginan di hati ini kerana saya yakin Allah akan kurniakan sesuatu yang halal bagi saya. Semoga satu hari kelak saya akan berjumpa dengan “putera agama” saya yang akan dapat menambahkan lagi cinta saya pada Illahi.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


-copied from iluvislam.com-

Wednesday, April 29, 2009

MAAFKAN DIRI INI...

slam...akhirnya ak berupaya menulis coretan hati ini.... telah lama perasaan yang tersimpan dalam hati ini bergolak n bertumbuk sesama sendiri untuk keluar sbg luahn rasa seorang makhluk..
aku hanya insan kerdil ddunia yang x pernah lari dari buat silap...
aku ingin benat memohon maaf terhadap adik beradik dan sahabat2 di uia kala ini kerana aku sering kali n banyak menyusahkn mereka apatah lagi dengan keaadan aku sekarang yang x dapat bergerak lincah malah terbatas dalam melakukan pelbagai perkara..tiada lagi naimah yang dulunnyer lincah ke sana sini, x lekang di bilik, terkenal dengan sifat yang pantang diajak berjalan...aku kini menjadi lemah...bila diri keseorangn, diri ini menjadi semakin lemah..aku x kuat untuk ini..Ya Allah....
aku sedih setiap kali terpaksa meminta bantuan adik beradik n sahabat untuk melakukan sesuatu kerana keterbatasanku...aku telah banyak menyusahkan kalian... maafkan diri ini keran terlalu banyak menyusahkan kalian...bermula dengan cerita di bilik, asrama mahupun kelas...kepada rumate tersayang, maafkan diri yang lemah ini...adik beradikku sekalian, aku mohon maaf kerana menyusahkan korang...terima kasih kerana x jemu2 melayan aku....sayang korang semua sangat2....terlalu banyak jasa kalian yang x mungkin aku balas. hany doa sahaja yang dapatku panjatkan untuk kalian.... kepada classmates yang diridui...izat comei, ang manis n lain...aku rindukan korang, rindukan suara gelak tawa korang...dengan hanya 3 jejaka di kelas yang pemalu...korang sumer adik2 ku yang nakal n sangt baik.. sayang korang sumer... terimakasih kerana mengambil berat akan diri ini...bukan diri ini x mahu ke kelas tapi keadaan perjalanan untuk ke kelas yang memaksa aku melompat untuk menaiki tangga membuat aku takut menyusahkan korang...sangat sakit badan ini memakai tongkat untuk ke mana sahaja apatah lagi terpaksa mengenakan tekanan ynag tinggi kpd kaki kanan u tuk melompat setiap nak tangga...sakitnyer hanya Tuhan yang tahu...tapi akna ku cuba atasi sikit demi sedikit...maafkan diri ini wahai ustaz2 ku...aku rindukan celoteh ustaz iskandar, penerangan ustaz raheem n tazkirah ustaz salah....
ah, aku x tertahan lagi...berat rase hati ini sebenar untuk terus berada di asrama menyusahkan korang semua...hati ini meronta ingin pulang berehat di rumah tapi aku sayang untuk meninggalkan subjek UNGS yang telah lebih separuh semester aku tempuh...
maafkan diri wahai sahabatku....maafkan diri ini banyak menyusahkan kalian... hanya tuhan sahaja yang mampu membalas segala jasa korang...
akhir kalam...maafkan lah diri ini yang sentiasa menyusahkan korang.... aku sedih dengan diri in tapi apakan daya. tiada yang mampu aku buat...aku redha dengan keadaan ini..mungkin ini ujian untuk mendekatkan aku denganNYA...
Ya Allah, Kau kuatkanlah aku dalam menempuh hari2 mendatang... Kau tabahkanlah diri ini...
Kau ampunilah segala dosa2 ku....amin..

Tuesday, April 28, 2009

SECULARISME...what it done to us??

secular is derived from latin word "saeculum" mean the present age (today's life)...
maknernyer, sekular ni hanya mementingkan tentang kehidupan dunia...bagi dorang, there's no other world than this world...

secularism is define as the liberation of man from religious n methaphysical tutelage, the turning of attention away from other worlds and towards this one. bahase senangnyer..sekularisme ni make people far away from religion n methaphysical things (unseen/perkra2 ghaib). ia juga membebaskan manusia dari belenggu agama as they want to focus only about the world..xnak ader kene mengene ngan agama kerana bagi meka, agama ni hanya menyusahkan n terlalu byk dos n don'ts...

there are 3 components of secularism (as thought by us iskandar)
1-disenhancement of nature : freeing a naturre from its religious overtones. nature
is not a divine identity.
> nature is independent from religious pespectives
## ulasan penulis: bagi dorang, nature ni xde kene mengene ngan agama.. ia datang dengan sendiri. so, aper2 anggapan agama terhadap nature tidak diterima. bila agama x masuk campur dalm nature, ini akan memberi ruang yang seluas2nyer kepada perkembangan natural science. as a result, science will get the benefit from it sebab sains akan berkembang n tersebar tanpa had...

2- desacralizaton of politic : no one rules by divine right
: significant political n social change is almost
impossible in societies in which the rulling regime
is directly legitimated by religious symbols.
## sekularisme mengasingkan politik dari agama. dorang percaya bhw bila agama bergerak bersama politik n sosial, dua2 ni xkan berkembang dengan baik sebab dihalang oleh agama. as i said b4, there are so much dos n don'ts in religion. bagi dorang, agama ni hnya kan mengacau perkembangan sosial n politik sebab agama ni bagi dorang terlalu RIGID.

3- deconsecration (relativization) of values : the disappearance of securely
grounded values..
: as a result, there are no longer
dirrect expression of divine will
: values have become valuation. n
longer as a value
## sekularisme juga membuatkan manusia uncertain (x yakin) dengan nilai2 baik yang dilakukan slama ini. dorang akan mempertikaikan sgla nilai2 itu..contoh soalan; knapa buat tu?knape buat ni? btul ker benda ni baik? saper yang kater buat tu/ni baik? (lebey kurang camtu la...). secara logik akal, kiter kalu orang tnya soalan ni dengan kerap mesti kan terfikir gak kan...; betul ker aku buat ni? knape aku buat ni? untuk aper aku buat ni? itu lama2 akan buat kita jadi ragu2 ngan nilai2baik yang kita amalkan slama ni n then membuatkan hilangnyer ayat2 quran or perintah2 agama mengenai nilai2 baik ni..nilai dah xkan jadi nilai tapi akan jadi penilaian.. bezanyer nilai n penilaian ni? nilai ni lebih terhad, fix orang kater berbanding penilaian ni yg maner lebih terbuka n slalu melalui proses perubahan.


>>> sekularisme ni bukan x percaya kepada agama or tuhan tapi dorang ni just xmau agama n tuhan masuk campur dalam urusan dunia. ader jer dikalangan dorang yang beragama tapi bila da lamer2 dgn kefahamn dorang ni, kebanyakan kan jadi atheis. bagi dorang, once agama n hukum2 dalam agama tu bergerak skali ngan hal2 dunia, dunia n sgla isinyer...kehidupan manusia ni xkan berkembang dengan pesat, ader jer yang menghalang. ibarat seperti gas2 di dalm sebiji belon.. belon tu menghalang gas2 yang berada didalamnyr untuk bergerak bebas di udara. bila belon itu dipecahkan..pop! gas2 pun keluar n bergerak bebas kemana sahaja. belon tu seperti agama yang melingkupi hal2 duniawi manusia. gas dlam tu lak hal2 manusiawi tu la...
ni analogi tanggapan para sekularists

sebagai orang Islam yang berpegang teguh kpda aqidah Islam yang suci, marila kita samer2 memerangai ideologi ini yang semakin menulaR dikalangan muslim nowadays...
sedarlah wahai adik beradikku seislam sekalian, aper yang musuh2 buat terhadap Islam sekarang???? jangan kita hanya duduk sibuk dengan urusan duniawi mahupun ukhrawi tanpa meneliti masalah2 aqidah saudar2 kita. perkara ni semakin parah menular dalm jiwa saudar2kita sekarang terutamanyer anak2 muda yang kita harapkan sbg pemimpin masa depan Islam. AYUH!! bangkitla dari lenamu...! yang ditulis ini hanya 1 ideology serong...hakikatnyer berjuta lasi isme2 diluar saner yang sedang cuber menawan sahabat2, adik2, kakaK2, IBUBAPA, nak2 n saudara2 kita.... sedarlah wahai saudaraku, bangkitlah kiter menentang isme2 yang karut marut yang semakin diterima dek akal manusia yang mudah tepengaruh ini...BANGKITLAH!!


untuk peringatan diri ini n sahabat2 semua... marilah samer2 kita renungkan..aper yang kita dah sumbangkan untuk Islam slama kita diberi nikamt hidup atas dunia ini..? Ya Allah, ampunilah diri yang lemah lagi hina ini... thabatkanlah kakiku n sahabat2ku di dalam jalan perjuangan untuk agama Islam yang tercinta ini..amin..

p/s :sumber rujukan, UNGS 2030. kalu ader salah n silap saya atas tulisan ini, tegurlah yer...ne tau ader yang sy sndr tersilap faham..wallahua'lam

Monday, April 27, 2009

sedikit perkembangan....

hari ni 27 april 2009, tarikh ak kna g jupe doktor...madam asmeza yang anta, ditemani pulak oleh kakak n adikku yang disayangi, aliza dan sarah...
banyak tol prosedur kat hospital ni...tu yang ak kurang berminat pergi hospital to seek for the doctor je la...huhu (cner nak jadi nurse ni...). dekat 2 jam jugak la tunggu giliran..sampai tertido ak dibuatnyer... bila da dapat masuk jupe doktor, doktor tak tengok sangat pun balutan bersimen kat kaki ni.. doktor said, "xper dik, ni baru seminggu...crack mungkin makan masa sebulan untuk recover..." ha? sebulan? adui...ak da x tahan bersimen ni...berat...(monolog dalam hati jer...) doktor sambung lagi, "...n anti 2 minggu lagi adik datang baru kita wat xray untuk tgk camner k..so skrg ni doktor just tambah mc untuk adik sapa tarikh appoinment akan datang la yer..." memang cubaan betul untuk diriku ini..tabah2 why diri yang lemah..Allah ada bersamamu..amin..
bila ak tgk surat mc t, tarikh mc sapa 11hb 5 2009..dalam hati ak ckbaik cuti sem trus coz tarikh da sgt dekat nak cuti...xper la..aku ingat nak blik umah kat ganu tapi, sayng nak stop UNGS yang dan lebih setengah sem ak ambil ni...kaki stil sakit..but then i'll try to go to class as much as i can...kalu larat la...doakan ek... semoga segalanya dipermudahkan..amin...
astaghfirullahal 'azim...maafkan dosa2ku Ya Allah..