Sunday, July 20, 2008

INIKAH KAMU?????

>>TULISAN LAMBANG PERIBADI<<

Tulisan Menegak
>Jika dinilai menerusi tulisan sebegini, individu yang gemar menulis secara menegak dianggap sebagai individu yang ‘cool’ dan bijak mengawal emosi. Kedamaian dan kegirangan adalah faktor yang paling diutamakan dalam kehidupan seharian. Sekiranya berhadapan dengan sebarang masalah, mereka lebih gemar mengambil jalan tengah bagi mengelakkan pertengkaran daripada berlanjutan.

Tulisan Condong Ke Kanan
>Peramah dan mudah bergaul, itulah personali terhampir yang mampu menggambarkan individu yang memiliki tulisan sebegini. Sikap beraninya juga menjadikan orang yang berada disekelilingnya berasa selamat untuk berdamping dengannya walau dalam apa jua keadaan. Individu yang tergolong dalam kategori ini biasanya memiliki ramai teman! Tentulah, kehidupan mereka sentiasa ceria dan menyeronokkan…..itulah hakikatnya!

Tulisan Condong Ke Kiri
>Berbeza dengan individu tadi. Individu ini sering dianggap ‘moody’ dan kurang ramah. Faktor pemalu mungkin menjadi penyebab utama mengapa mereka sukar bercampur dengan orang disekeliling mereka apatah lagi sekiranya baru berpindah ke tempat baru! Hmm…..sudah tiba masanya untuk kamu berubah!

Tulisan Bulat-bulat
>Huruf-huruf yang tertera dalam helaian hasil tulisan individu sebegini kelihatan sekata. Tulisan sebegini seringkali dianggap cantik dan kemas. Kajian mendapati individu yang memiliki tulisan sebegini memiliki sifat bertanggungjawab dan penyayang yang tinggi dalam diri. Dari segi emosi pula, mereka dikatakan agak sensitive dan adakalanya bersikap emosional.

Tulis Dengan Kuat (tekanan)
>Sekiranya kamu gemar menulis dengan cara menekan denag kuat sehingga meninggalkan kesan pada helaian yang berikutnya, kamu dikatakan memiliki kesihatan yang baik, cergas, pantas dan sedikit agresif. Namun jika sebaliknya pula, kamu dianggap kurang bertenaga dan mudah dijangkiti penyakit.

Thursday, June 19, 2008

baitul muslim...





sesungguhnya jodoh itu ketentuan dariNya..siapa sangka orang yang paling dekat ngan kita adalah jodoh kita dan x mustahil jodoh kita adalah orang yang kita langsung x kenal kan..... bukan nak cakap pasal ni sebenar..hehe
i live in a big family...n actually it has pro and cons..hm,rasenyer sume bende ader baik n buruk kecuali ape2 yang berkaitan dgn yang Maha Pencipta. setiap rekaan dari manusia x boley nak tandingi ape2 pun dari Allah kerana hanya DIa YANG MAHA KUASA ATAS SETIAP SESUATU. Ape nak ckp sebenarnyer ek...xder la just nak bgtau baru2 ni, my brothers baru je nikah......sorang tu jodoh nyer orang dekat je...dekat sgt2 dengan sy coc...kakak ipa sy tu asalnyer adalah kakk angkat sayer...hihihi. em..cne boleh jadi cmtu ek? tu la dinamakan jodoh tp yang pasti sy x terlibat dalam menjadi orang tengah.hehe kot mane kiter lari pun kalu dah jodoh, x ke mane kan..
abang sorang lagi kawen ngan orang kemaman. alhamdulillah dua2 majlis yang berlangsung selang seminggu jer tu berjalan lancar.yang lenguh dan letihnyer kami sekeluarga la tapi letih berbaloi la... kali ni perkahwinan 2 orang abang ni agak meriah sket berbanding yang sebelum ni..yela jumlah hantaran saje dah berbelas2. nak siapkan dalam masa 2 mgu....memang letih btul la..yang sorang 13 hantaran yang sorang lg 17 hantaran. xker byk tu..huhu. buat memang boleh tapi nak mikir bentuk gubahan tu yang pening..xnak citer byak la..nanti sy ltak gambar, ley la tgk k

Friday, May 23, 2008

srikandi Islam

BARAKAH (R.A)
Barakah (r.a)digelar ummu aiman (r.a). semasa kecil, dia telah dijual di pasar hamba di mekah dan sejak itu juga, dia telah ditakdirkan menjadi hamba sahaya. seperti mana-mana budak hamba, masa depan yang gelap menanti mereka di tangan bakal2 tuan atau pemilik yang kejam dan tidak berperikemanusiaan. namun, sesetengah drpd mereka bertuah kerana dibeli oleh org2 yang penyayang dan masih punya belas. barakah (r.a) merupakan salah seorang drpd mereka. beliau telah diselamatkan oleh seorang lelaki yg pemurah dan baik hati bernama Abdullah, ayahanda kpd Rasulullah SAW . barakah menjadi satu2nya hamba sahaya yg menemani keluarga ini hinggalah Rasulullah SAW wafat.

selepas kelahiran Muhammad SAW hinggalah baginda diangkat sebagai nak sususan halimatussa'diah, barakah lah yang mengasuh kekasih Allah itu dan tidak pernah meninggalkan baginda hinggalah beliau sendiri berkahwin.sepanjang peninggalan Abdullah ke Syria mengikuti kafilah dagangan, barakah (r.a) tidak pernah jemu menjadi peneman setia Aminah yang baru 2 minggu dikahwini Abdullah sehinggakan beliau sanggup menyelinap ke rumah Abd Muttalib untuk merisik khabar Abdullah buat Aminah sehingga pada suatu hari, beliau mendapat berita bahwa Abdullah telah meninggal dunia.

sebagai hamba yang amat mengasihi tuannya, barakah (r.a) tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya menjaga balu muda yang sedang sarat hamil itu. malahan, ketika saat Rasulullah SAW bakal lahir ke dunia, barakah (r.a) merupakan orang yang pertama menyambut kelahiran insan istimewa itu dalam rangkulannya.

kedua-dua wanita ini telah melalui pelbagai liku ranjau dan suka duka bersama-sama sehinggalah tiba detil perpisahan mereka apabila Aminah menghembuskan nafasnya yang terakhir meninggalkan Rasulullah SAW berseorangan sebagai anak yatim piatu. barakah (r.a) sendiri yang telah menggali temoat persemadian aminah dengan menggunakan kedua-dua tangannya. sambil membawa hati yang masih dalam kesedihan, barakah (r.a) membawa si kecil Muhammad SAW ke mekah dan memeliharanya di bawah penjagaan datuk baginda, abd muttalib hinggalah Rasullah SAW meningkat dewasa dan menikahi khadijah (r.a).

oleh kerana dirinya yang masih membujang, Rasulullah SAW telah mencadangkan agar barakah (r.a) berkahwin dengan ubayd ibn zaid (r.a) dari bani khazraj sebagai teman hidup. tanpa banyak soal, lamaran diterima dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak yang diberi nama aiman (r.a). mulai saat itulah, barakah dipanggil dengan gelaran ummu aiman (r.a) yang bermaksud ibu kepada aiman. walaubagaimanapun, jodoh mereka tidak panjang apabila ubayd (r.a) meninggal dunia tidak lama kemudian. barakah kemudian dikahwinkan pula dengan zaid ibn harithah (r.a)iaitu anak angkat Rasulullah di kala tiada seorang pun yang sudi memperisterikan wanita tua yang berumur kira2 50 tahun itu.

wanita cekal ini telah berhijrah sendirian ke madinah tanpa bantuan suaminya, zaid (r.a). beliau sanggup menempuh perjalanan ynag sukar merentasi gurun panas dan gunung-ganang sebelum tiba di sana dengan disambut penuh kegembiraan oleh Rasulullah SAW. di madinah, barakah (r.a) memainkan peranan penting sebagai penggerak kerja2 dakwah di sana. ketika perang uhud, beliau telah bertugas mengagihkan air minuman dan merawat para pejuang di perbatasan. beliau juga pernah menemani Rasulullah SAW dalam beberapa ekspedisi seperti ke khaibar dan hunain.

satu2nya anak barakah (r.a), aiman telah gugur syahid di hunain pada tahun ke8 hijrah. suami beliau pula meninggal dunia ketika menyertai peperangan mut'ah di syria. barakah (r.a) menjalani kehidupan berseorangan pada usia 70-an. Rasulullah SAW sambil ditemani abu bakar dan umar (r.a) sering mengunjungi barakah (r.a) di rumahnya. selepas kewafatan Rasulullah SAW, barakah (r.a) selalu dilihat berada dalam kesedihan. anas bin malik (r.a) pernah melaporkan, selepas kewafatan Rasulullah SAW, abu bakr dan umar (r.a) telah bertanyakan sebab musabab kesedihan wanita mulia itu. barakah (r.a) menjawab beliau bersedih bukan kerana enggan mengakui hakikat kehilangan Rasulullah SAW, tetapi menangis mengenangkan wahyu yang sudah tidak lagi diturunkan dari langit.

kesan iman barakah (r.a) amat mengesan di jiwa setiap orang ynag mengenalinya. kepatuhan beliau kepada islam adalah tulen dan kekukuhan akar iamnnyaamat mencengkam hingga sukar diganggu gugat.
Rasulullah SAW pernah mengatakan kepada para sahabat bahawa Allah telah menjanjikan barakah sebagai salah seorang penghuni syurga. barakah (r.a) dikurniakan hayat yang panjang dan meninggal dunia dalam usia melebihi 90 tahun, ketika pemerintahan khalifah ke3, saidina uthman (r.a). identiti sebenar wanita ini terus terkubur bersama-sama dengan kegemilangan peribadinya......wallahua'lam
(bersama memperkasakan muslimat..Allahuakbar!!)

manusia pelbagai ragam

"berkawan biar seribu, bermusuh biar satu"....itulah antara ungkapan yang sering kita dengar bukan? bukan nak citer pasal persahabatan sbnarnyer, tapi ader kaitan gak ah. berdasarkan pengalaman, memang bgus berkawan ramai ni sbnrnyer. coz kite leh tau dan tgk pelbagai ragam manusia. x berkawan pun, kite dah boleh tgk sbnarnyer tp x terperinci la. skrg ni, saya cuti semester. dah nak abis pun...sblm blik kampung untuk kali terakhir bg cuti ni, duk umah abang dulu.
kalu nak tahu, kanak2 lagi byk ragamnyer....huhu
anak sedara saya kalu mengajuk memang teruk,..siap mengamuk lagi, lama pulak tu...sabor jela
aritu kitorang g shopping pastu sorang anak sdare lelaki ni mengajuk coz umi dier xnak beli brg yang dier nak tu.yela, dah barang mengarut..x bawa faedah pun, mesti x bagi kan..
dier punyer mengamuk xnak blik tapi abah dier ni byk keje, kna blik cepat. so, budak ni kna marah la kna paksa masuk dalam kete. dier amsuk la jugak.
tapikan, kitorang yang duk seat blkg ni memang terseksa lagi2 saya yang duk tepi budak ni...huhu
siap kna cubit, kna sepak terajang, kna tumbuk lagi...dalam usaha nak menenangkan budak ni...sakit dier...sabar jela
balik tu, tu tgk abis lebam2 tanganku tapi x kisah pun..hehe
coz bila difikirkan semula rasa kelakar sangat, budak kecik darjah satu merajuk kerana hal yang kecik camtu punyer la dahsyat.haha
budak2 memang banyak kerenah.kita sbg org dewasa kena banyak bersabar dan cube memahami sikap mereka
kalu kite sndr tak faham, susah la nanti nak jaga anak2...kna jugak pandai pujuk
so, lepas ni...blaja2 la analisa orang yer supaya ader pape2 maslah nanti,senang sket kite nak selesaikan .......wallahua'lam
sambungan.....
Allah sudah berjanji bahawa suatu hari nanti Islam pasti akan menang dan janji Allah itu adalah pasti. biarpun kini Islam menghadapi pelbagai situasi, baik mahupun buruk...sejar dengan itu juga timbul nama2 baru bagi Islam. islam liberal, islam terroris, islam hadhari dan macam2 lagi. mengapa hal ini terjadi? sedangkan islam itu hanya satu, islam yang sebenar2nya. hanya islam ini sahaja yang diterima Allah

fikirlah wahai saudaraku sekalian....mengapa kita jadi begini???? dan yang paling penting, mengapa islam jadi begini? mana peranan kita sebagai hamba Allah? mana tugas kita sebagai khalifahNya di muka bumi? bukan hanya mereka yang mempunyai kuasa sahaja yang menjadi khalifah di bumi fana ini tetapi kita semua. apakah kita tidak mengaplikasikan tujuan kita didunia bagi mangabdikan diri kepadaNya?
ya, Islam akn menang..itu janji Allah dan itu pasti akan berlaku. tapi, kita sebagai hambaNya yang tahu hakikat ini adakah hanya mahu duduk diam, goyang kaki dan menunggu Dia kotakan janji itu? itu bukan sifat hamba Allah yang benar2 beriman kepadaNYa. jika kita bertauhid denganNya yang Satu, kita akan berusaha SEMAMPU kita untuk kearah kemenangan itu.

ketAhuilah wahai umat Islam, umat Muhammad, hamba Allah di akhir zaman ini sekalian..
YANG DILIHAT DAN DIUKURNYA BUKAN SEJAUH MANA USAHAMU TAPI YANG DIHARAP SEJAUH MANA TAWAKAL, PERCAYA NAN JITU....PERGANTUNGANMU PADANYA...TAPI TAK BERMAKNA TIDAK PERLU BERUSAHA...... USAHALAH SEMAMPUMU..TETAPI JANGAN SESEKALI BERAQIDAH BAHAWA BANYAK USAHAMU PENENTU KEJAYAAN...TETAPI BERIMANLAH BAHAWA TAWAKALMU ITU SEBENARNYA HANYA SEMATA-MATA PADANYA. ITULAH PENENTU KEJAYAAN...KEJAYAAN BUKAN MILIK SESIAPA TETAPI ADALAH MILIK ALLAH SEMATA..JADI, SEYAKINNYA HENDAKLAH DIKAU POHON DARINYA SEMATA (thanks kakyani atas kata2 ini.ia amat bermakna bagiku terutama tika aku dalam kegelapn, kebuntuan, kebingungan, keresahan...kau dengan izinNya kembalikan aku padaNYa)
sekian.... segala yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk dari diri yang hina ini. namun hakikatnya kedua-duanya adalah milik Allah...wallahua'lam

Thursday, May 22, 2008

janji ALLAH itu pasti

untuk permulaannya, i'll start my own blog with this. sebenarnya sudah lam create blog tapi x post pape pun...masa terlalu cemburu.hmm...janji ALlah itu pasti. setiap muslim yang betul2 beriman dan beraqidahkan bahawa Allah itu SATU pasti percaya ini. once Allah kata "kun fayakun", dalam sekelip mata benda itu akan terjadi x kira apa2 sekalipun kerana bagiNya semua benda adalah pasti.
kita ini datang dariNya dan satu masa nanti akan kembali kepadaNya jua...jika semalam, hari ini atau esok, ada sesiapa diantara kita yang pergi menghadapNya, janganlah kita terlalu menangisinya kerana semua itu tiada guna melainkan kita berdoa agar mukmin itu termasuk dalam salafussoleh...insyaAllah
jika kita tgk zaman sekarang, islam berada dalam pelbagai keadaan. di suatu tempat, Islam itu berada di tempat tinggi di mana ia diamalkan dengan sebetul2nya namun di tempat yang lain islam dihina, dikecam, difitnah, diperkotak-katikkan......islam berada ditempat yang paling rendah. antara 2 keadaan ini, keadaan pertama amat2 sukar untuk dicari kerana ia telah ditutupi dengan keadaan yang ke-2. secara overall nya, kita boleh tgk umat islam skrg ditindas, difitnah dan macam2 algi tetapi yang paling teruk sekali islam dan umatnya digelar terroris....masyaAllah.
wahai umat islam sekalian....dimanakah kalian? dimanakah sensitiviti kalian?? adakah kalian tegar digelar begitu???....sanggupkah kalian melihat saudara mara, sahabat kalian dicerca, dihina, ditindas? sepertimana yang berlaku di Iraq...dan paling tidak dapat dilupakan ialah Palestin. sudah berapa ratus tahun Palestin dijajah Israel?
tahukah kalian skrg ini semua penduduk Palestin adalah pelarian? mengapa boleh terjadi hal seperti ini sedangkan Palestin itu adalah negara mereka?? ISrael pula sedang giat memindahkan orang2nya yang dahulu pelarian yang tidak diterima dimana-mana negara pun ke Palestin. mereka juga secara rahsia sedang gigih menggali terowong di bawah masjidil Aqsa, kiblat pertama umat islam supaya rancangan mereka berjaya....iaitu ingin melihat masjidil Aqsa runtuh...dan mereka ingin masyarakat dunia melihat seolah-olah masjid itu runtuh dengan sendirinya bukan disebabkan oleh perbuatan mereka menggali terowong itu kerana....secara umumnya masyarakat dunia tidak tahu tentang kewujudan terowong itu. memeng sudah terlalu banyak pendedahan yang dilakukan terutama melalui buku2 yang dipasarkan olah orang2 islam...hanya semata2 untuk menyedarkan umat islam itu sendiri.... untuk melahirkan sensitiviti di dalam diri umat islam itu sendiri. tetapi...berapa ramai jumlah umat islam yang mengambil tahu hal ini? yang concern tentang hal ini? betapa ramainya umat islam didunia ini tapi hanya sedikit hanya sedikit yang sensitivitinya tercabar oleh perkara besar yang berlaku terhadap umat islam ini. sebenarnya, mereka ini bukan tidak tahu tapi buat2 tidak tahu.kerana apa? kerana takut... takut kerana umat islam tiada seorang pun yang memegang jawatan besar dalm dunia. takut kerana takut ditindas. takut kerana takut kehidupannya terjejas......betapa ramainya umat islam di dunia ini yang takut???
fikir2 kanlah wahai saudara2 seislamku sekalian........................................... to be continue