Sunday, July 20, 2008

INIKAH KAMU?????

>>TULISAN LAMBANG PERIBADI<<

Tulisan Menegak
>Jika dinilai menerusi tulisan sebegini, individu yang gemar menulis secara menegak dianggap sebagai individu yang ‘cool’ dan bijak mengawal emosi. Kedamaian dan kegirangan adalah faktor yang paling diutamakan dalam kehidupan seharian. Sekiranya berhadapan dengan sebarang masalah, mereka lebih gemar mengambil jalan tengah bagi mengelakkan pertengkaran daripada berlanjutan.

Tulisan Condong Ke Kanan
>Peramah dan mudah bergaul, itulah personali terhampir yang mampu menggambarkan individu yang memiliki tulisan sebegini. Sikap beraninya juga menjadikan orang yang berada disekelilingnya berasa selamat untuk berdamping dengannya walau dalam apa jua keadaan. Individu yang tergolong dalam kategori ini biasanya memiliki ramai teman! Tentulah, kehidupan mereka sentiasa ceria dan menyeronokkan…..itulah hakikatnya!

Tulisan Condong Ke Kiri
>Berbeza dengan individu tadi. Individu ini sering dianggap ‘moody’ dan kurang ramah. Faktor pemalu mungkin menjadi penyebab utama mengapa mereka sukar bercampur dengan orang disekeliling mereka apatah lagi sekiranya baru berpindah ke tempat baru! Hmm…..sudah tiba masanya untuk kamu berubah!

Tulisan Bulat-bulat
>Huruf-huruf yang tertera dalam helaian hasil tulisan individu sebegini kelihatan sekata. Tulisan sebegini seringkali dianggap cantik dan kemas. Kajian mendapati individu yang memiliki tulisan sebegini memiliki sifat bertanggungjawab dan penyayang yang tinggi dalam diri. Dari segi emosi pula, mereka dikatakan agak sensitive dan adakalanya bersikap emosional.

Tulis Dengan Kuat (tekanan)
>Sekiranya kamu gemar menulis dengan cara menekan denag kuat sehingga meninggalkan kesan pada helaian yang berikutnya, kamu dikatakan memiliki kesihatan yang baik, cergas, pantas dan sedikit agresif. Namun jika sebaliknya pula, kamu dianggap kurang bertenaga dan mudah dijangkiti penyakit.

3 comments:

my said...

salam..ucu..tulisan alang bleh menegak dan l=bleh jgk condong ke kanan..pas tu nak pilih yg maner ni..huhu

Anonymous said...

klu tulisan cakar ayam cmne? hehe..

.:wan~nur:. said...

Salam~

Kalo tulisan comey gane plok? Heee.. :)