Thursday, May 22, 2008

janji ALLAH itu pasti

untuk permulaannya, i'll start my own blog with this. sebenarnya sudah lam create blog tapi x post pape pun...masa terlalu cemburu.hmm...janji ALlah itu pasti. setiap muslim yang betul2 beriman dan beraqidahkan bahawa Allah itu SATU pasti percaya ini. once Allah kata "kun fayakun", dalam sekelip mata benda itu akan terjadi x kira apa2 sekalipun kerana bagiNya semua benda adalah pasti.
kita ini datang dariNya dan satu masa nanti akan kembali kepadaNya jua...jika semalam, hari ini atau esok, ada sesiapa diantara kita yang pergi menghadapNya, janganlah kita terlalu menangisinya kerana semua itu tiada guna melainkan kita berdoa agar mukmin itu termasuk dalam salafussoleh...insyaAllah
jika kita tgk zaman sekarang, islam berada dalam pelbagai keadaan. di suatu tempat, Islam itu berada di tempat tinggi di mana ia diamalkan dengan sebetul2nya namun di tempat yang lain islam dihina, dikecam, difitnah, diperkotak-katikkan......islam berada ditempat yang paling rendah. antara 2 keadaan ini, keadaan pertama amat2 sukar untuk dicari kerana ia telah ditutupi dengan keadaan yang ke-2. secara overall nya, kita boleh tgk umat islam skrg ditindas, difitnah dan macam2 algi tetapi yang paling teruk sekali islam dan umatnya digelar terroris....masyaAllah.
wahai umat islam sekalian....dimanakah kalian? dimanakah sensitiviti kalian?? adakah kalian tegar digelar begitu???....sanggupkah kalian melihat saudara mara, sahabat kalian dicerca, dihina, ditindas? sepertimana yang berlaku di Iraq...dan paling tidak dapat dilupakan ialah Palestin. sudah berapa ratus tahun Palestin dijajah Israel?
tahukah kalian skrg ini semua penduduk Palestin adalah pelarian? mengapa boleh terjadi hal seperti ini sedangkan Palestin itu adalah negara mereka?? ISrael pula sedang giat memindahkan orang2nya yang dahulu pelarian yang tidak diterima dimana-mana negara pun ke Palestin. mereka juga secara rahsia sedang gigih menggali terowong di bawah masjidil Aqsa, kiblat pertama umat islam supaya rancangan mereka berjaya....iaitu ingin melihat masjidil Aqsa runtuh...dan mereka ingin masyarakat dunia melihat seolah-olah masjid itu runtuh dengan sendirinya bukan disebabkan oleh perbuatan mereka menggali terowong itu kerana....secara umumnya masyarakat dunia tidak tahu tentang kewujudan terowong itu. memeng sudah terlalu banyak pendedahan yang dilakukan terutama melalui buku2 yang dipasarkan olah orang2 islam...hanya semata2 untuk menyedarkan umat islam itu sendiri.... untuk melahirkan sensitiviti di dalam diri umat islam itu sendiri. tetapi...berapa ramai jumlah umat islam yang mengambil tahu hal ini? yang concern tentang hal ini? betapa ramainya umat islam didunia ini tapi hanya sedikit hanya sedikit yang sensitivitinya tercabar oleh perkara besar yang berlaku terhadap umat islam ini. sebenarnya, mereka ini bukan tidak tahu tapi buat2 tidak tahu.kerana apa? kerana takut... takut kerana umat islam tiada seorang pun yang memegang jawatan besar dalm dunia. takut kerana takut ditindas. takut kerana takut kehidupannya terjejas......betapa ramainya umat islam di dunia ini yang takut???
fikir2 kanlah wahai saudara2 seislamku sekalian........................................... to be continue

No comments: