Friday, May 23, 2008

srikandi Islam

BARAKAH (R.A)
Barakah (r.a)digelar ummu aiman (r.a). semasa kecil, dia telah dijual di pasar hamba di mekah dan sejak itu juga, dia telah ditakdirkan menjadi hamba sahaya. seperti mana-mana budak hamba, masa depan yang gelap menanti mereka di tangan bakal2 tuan atau pemilik yang kejam dan tidak berperikemanusiaan. namun, sesetengah drpd mereka bertuah kerana dibeli oleh org2 yang penyayang dan masih punya belas. barakah (r.a) merupakan salah seorang drpd mereka. beliau telah diselamatkan oleh seorang lelaki yg pemurah dan baik hati bernama Abdullah, ayahanda kpd Rasulullah SAW . barakah menjadi satu2nya hamba sahaya yg menemani keluarga ini hinggalah Rasulullah SAW wafat.

selepas kelahiran Muhammad SAW hinggalah baginda diangkat sebagai nak sususan halimatussa'diah, barakah lah yang mengasuh kekasih Allah itu dan tidak pernah meninggalkan baginda hinggalah beliau sendiri berkahwin.sepanjang peninggalan Abdullah ke Syria mengikuti kafilah dagangan, barakah (r.a) tidak pernah jemu menjadi peneman setia Aminah yang baru 2 minggu dikahwini Abdullah sehinggakan beliau sanggup menyelinap ke rumah Abd Muttalib untuk merisik khabar Abdullah buat Aminah sehingga pada suatu hari, beliau mendapat berita bahwa Abdullah telah meninggal dunia.

sebagai hamba yang amat mengasihi tuannya, barakah (r.a) tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya menjaga balu muda yang sedang sarat hamil itu. malahan, ketika saat Rasulullah SAW bakal lahir ke dunia, barakah (r.a) merupakan orang yang pertama menyambut kelahiran insan istimewa itu dalam rangkulannya.

kedua-dua wanita ini telah melalui pelbagai liku ranjau dan suka duka bersama-sama sehinggalah tiba detil perpisahan mereka apabila Aminah menghembuskan nafasnya yang terakhir meninggalkan Rasulullah SAW berseorangan sebagai anak yatim piatu. barakah (r.a) sendiri yang telah menggali temoat persemadian aminah dengan menggunakan kedua-dua tangannya. sambil membawa hati yang masih dalam kesedihan, barakah (r.a) membawa si kecil Muhammad SAW ke mekah dan memeliharanya di bawah penjagaan datuk baginda, abd muttalib hinggalah Rasullah SAW meningkat dewasa dan menikahi khadijah (r.a).

oleh kerana dirinya yang masih membujang, Rasulullah SAW telah mencadangkan agar barakah (r.a) berkahwin dengan ubayd ibn zaid (r.a) dari bani khazraj sebagai teman hidup. tanpa banyak soal, lamaran diterima dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak yang diberi nama aiman (r.a). mulai saat itulah, barakah dipanggil dengan gelaran ummu aiman (r.a) yang bermaksud ibu kepada aiman. walaubagaimanapun, jodoh mereka tidak panjang apabila ubayd (r.a) meninggal dunia tidak lama kemudian. barakah kemudian dikahwinkan pula dengan zaid ibn harithah (r.a)iaitu anak angkat Rasulullah di kala tiada seorang pun yang sudi memperisterikan wanita tua yang berumur kira2 50 tahun itu.

wanita cekal ini telah berhijrah sendirian ke madinah tanpa bantuan suaminya, zaid (r.a). beliau sanggup menempuh perjalanan ynag sukar merentasi gurun panas dan gunung-ganang sebelum tiba di sana dengan disambut penuh kegembiraan oleh Rasulullah SAW. di madinah, barakah (r.a) memainkan peranan penting sebagai penggerak kerja2 dakwah di sana. ketika perang uhud, beliau telah bertugas mengagihkan air minuman dan merawat para pejuang di perbatasan. beliau juga pernah menemani Rasulullah SAW dalam beberapa ekspedisi seperti ke khaibar dan hunain.

satu2nya anak barakah (r.a), aiman telah gugur syahid di hunain pada tahun ke8 hijrah. suami beliau pula meninggal dunia ketika menyertai peperangan mut'ah di syria. barakah (r.a) menjalani kehidupan berseorangan pada usia 70-an. Rasulullah SAW sambil ditemani abu bakar dan umar (r.a) sering mengunjungi barakah (r.a) di rumahnya. selepas kewafatan Rasulullah SAW, barakah (r.a) selalu dilihat berada dalam kesedihan. anas bin malik (r.a) pernah melaporkan, selepas kewafatan Rasulullah SAW, abu bakr dan umar (r.a) telah bertanyakan sebab musabab kesedihan wanita mulia itu. barakah (r.a) menjawab beliau bersedih bukan kerana enggan mengakui hakikat kehilangan Rasulullah SAW, tetapi menangis mengenangkan wahyu yang sudah tidak lagi diturunkan dari langit.

kesan iman barakah (r.a) amat mengesan di jiwa setiap orang ynag mengenalinya. kepatuhan beliau kepada islam adalah tulen dan kekukuhan akar iamnnyaamat mencengkam hingga sukar diganggu gugat.
Rasulullah SAW pernah mengatakan kepada para sahabat bahawa Allah telah menjanjikan barakah sebagai salah seorang penghuni syurga. barakah (r.a) dikurniakan hayat yang panjang dan meninggal dunia dalam usia melebihi 90 tahun, ketika pemerintahan khalifah ke3, saidina uthman (r.a). identiti sebenar wanita ini terus terkubur bersama-sama dengan kegemilangan peribadinya......wallahua'lam
(bersama memperkasakan muslimat..Allahuakbar!!)

No comments: