Friday, May 23, 2008

sambungan.....
Allah sudah berjanji bahawa suatu hari nanti Islam pasti akan menang dan janji Allah itu adalah pasti. biarpun kini Islam menghadapi pelbagai situasi, baik mahupun buruk...sejar dengan itu juga timbul nama2 baru bagi Islam. islam liberal, islam terroris, islam hadhari dan macam2 lagi. mengapa hal ini terjadi? sedangkan islam itu hanya satu, islam yang sebenar2nya. hanya islam ini sahaja yang diterima Allah

fikirlah wahai saudaraku sekalian....mengapa kita jadi begini???? dan yang paling penting, mengapa islam jadi begini? mana peranan kita sebagai hamba Allah? mana tugas kita sebagai khalifahNya di muka bumi? bukan hanya mereka yang mempunyai kuasa sahaja yang menjadi khalifah di bumi fana ini tetapi kita semua. apakah kita tidak mengaplikasikan tujuan kita didunia bagi mangabdikan diri kepadaNya?
ya, Islam akn menang..itu janji Allah dan itu pasti akan berlaku. tapi, kita sebagai hambaNya yang tahu hakikat ini adakah hanya mahu duduk diam, goyang kaki dan menunggu Dia kotakan janji itu? itu bukan sifat hamba Allah yang benar2 beriman kepadaNYa. jika kita bertauhid denganNya yang Satu, kita akan berusaha SEMAMPU kita untuk kearah kemenangan itu.

ketAhuilah wahai umat Islam, umat Muhammad, hamba Allah di akhir zaman ini sekalian..
YANG DILIHAT DAN DIUKURNYA BUKAN SEJAUH MANA USAHAMU TAPI YANG DIHARAP SEJAUH MANA TAWAKAL, PERCAYA NAN JITU....PERGANTUNGANMU PADANYA...TAPI TAK BERMAKNA TIDAK PERLU BERUSAHA...... USAHALAH SEMAMPUMU..TETAPI JANGAN SESEKALI BERAQIDAH BAHAWA BANYAK USAHAMU PENENTU KEJAYAAN...TETAPI BERIMANLAH BAHAWA TAWAKALMU ITU SEBENARNYA HANYA SEMATA-MATA PADANYA. ITULAH PENENTU KEJAYAAN...KEJAYAAN BUKAN MILIK SESIAPA TETAPI ADALAH MILIK ALLAH SEMATA..JADI, SEYAKINNYA HENDAKLAH DIKAU POHON DARINYA SEMATA (thanks kakyani atas kata2 ini.ia amat bermakna bagiku terutama tika aku dalam kegelapn, kebuntuan, kebingungan, keresahan...kau dengan izinNya kembalikan aku padaNYa)
sekian.... segala yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk dari diri yang hina ini. namun hakikatnya kedua-duanya adalah milik Allah...wallahua'lam

No comments: